
Oleh : Rahman Imuda
Pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden UIAM adalah langkah keterbelakang dalam menuntut autonomi universiti.
Kita mahu kuasa kementerian terhadap universiti berkurangan bukan bertambah.
Jika sebagai akademis dahulu tidak ada masalah, dia juga vokal dan relevan saat itu.
Sekarang dia adalah politikus dan gaya bahasanya juga sudah berubah.
Bahaya Menteri menjadi Pengerusi Universiti – ia boleh menyuburkan budaya “bodek” dalam pimpinan tertinggi universiti.
Dia seorang Menteri yang menguruskan Kementerian yang penting, berikanlah jawatan itu kepada orang lain.
Pastinya nanti akan ada isu UIAM menjadi “anak emas” pula! – TTKM-
Leave a Reply