NEW DELHI – Kerala kini `berperang’ untuk menghalang penularan penyakit kencing tikus (leptospirosis) yang dipercayai telah menyebabkan berpuluh-puluh orang maut sejak pertengahan bulan lalu ekoran banjir yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah negeri itu, menurut laporan Reuters.
Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, hampir 200 kes telah disahkan sebagai kencing tikus dengan kematian setakat ini berjumlah 12 orang manakala kematian disyaki, sementara menunggu laporan perubatan sebanyak 41 orang.
Peningkatan kes itu berlaku selepas hujan lebat sejak 8 Ogos lalu membanjiri hampir keseluruhan Kerala, mengorbankan ratusan penduduk, memusnahkan ribuan rumah serta menyebabkan kerugian akibat kerosakan sekurang-kurangnya 200 bilion rupee (RM11.67 bilion).
Daerah Kozhikode di negeri selatan, antara yang teruk terjejas akibat demam tikus itu berdepan kekurangan bekalan ketika permintaan ubat bagi mencegah penyakit itu meningkat, susulan kematian terbaharu.
Pegawai kesihatan, R S Gopakumar berkata, Kozhikode memerlukan kira-kira tiga juta pil untuk dua bulan berikutnya, namun ketika ini memiliki hanya 500,000 bekalan.
“Kami mendapat bekalan, namun ia berkurangan dengan cepat,” kata Gopakumar ketika lebih ramai penduduk memerlukan pil pencegahan, perlu diambil seminggu sekali selama sebulan.
Gopakumar berkata, kerajaan negeri meminta bantuan daripada Maharashtra, Tamil Nadu dan Karnataka.
Sementara itu, ketua menteri Kerala Pinarayi Vijayan berangkat ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan perubatan di Mayo Klinik selama tiga minggu untuk penyakit yang tidak dinyatakan.
Pada perkembangan berlainan, di Malaysia pula rakyat berdepan dengan kencing politikus Pakatan Harapan. Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan gaji minima ditetapkan pada RM1050, meningkat RM50 dari sebelum ini iaitu RM1000.
Dalam Manifesto PH, gaji minima ditetapkan pada RM1500 tetapi tiada dinyatakan jangkamasa bila ia dilaksanakan.
Selain kencing mengenai gaji minima, kerajaan Pakatan Harapan turut kencing mengenai penangguhan PTPTN, penghapusan tol dan pengurangan harga minyak. -TTKM-