April 19, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

(Video di dalam) “Hukum sebat tak cermin keadilan, beri gambaran buruk tentang islam!” – Kabinet PH

Putrajaya, 6 September : Mesyuarat kabinet semalam memutuskan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap dua wanita oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu baru-baru ini tidak mencerminkan keadilan, malah memberikan gambaran buruk terhadap Islam.
Perkara ini dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir dalam satu video yang dinaikkan di facebook beliau. Berikut merupakan kenyataan penuh :

 

PENDIRIAN KERAJAAN BERKAITAN HUKUMAN SEBAT

Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan ini telah membincangkan kes yang mana dua wanita telah disebat kerana melakukan hubungan yang luar biasa (tabi’e).

Pihak Kabinet berpendapat bahawa ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam. Sebaliknya kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam. Sebab itu kami berpendapat bahawa, kalaupun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya.

Amatlah penting kita menunjuk agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum yang berat yang mengaibkan orang.

Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam. Ini adalah pendapat kabinet Kerajaan dan kami harap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa.

Sedangkan kita selalu, apabila bermula (memulakan) sesuatu dengan “Bismillahirrahmanirrahim”, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani tetapi kita tunjuk seolah-seolah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali.

Inilah pendapat Kerajaan Pakatan Harapan pada mesyuaratnya hari ini 5 September 2018.

Sebelum ini, beberapa pihak mengatakan hukuman yang dijalankan merupakan satu hukuman yang berbentuk mendidik dan bukan untuk menyeksa, malah ia tidak mencederakan pesalah berbanding sebatan sivil.

“Ia tidak kelihatan kuat dan kami berpuas hati kerana prosedur yang betul telah diikuti di mana rotan tidak memecahkan kulit,” –  Fazru Anuar Yusof,Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syariah Terengganu

“Hukuman ari ini akan memberi gambaran sebenar tentang rotan Syariah. Saya berasa keliru mengenainya sejak kita membayangkan bahawa ia akan menjadi kuat tetapi selepas melihatnya hari ini, ia meletakkan mahkamah Syariah dengan cahaya positif dan isu ini tidak boleh dibesar-besarkan.Penderitaan berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan kemudaratan kepada tertuduh,” – Sallehudin Harun, Pengerusi Majlis Peguam Terengganu, turut mewakili Majlis Peguam.

Manakala Hakim Syarie Terengganu berpendapat:

“Janganlah anggap 2 pesalah wanita ini hina, orang yang buruk dan jelik kerana apabila mereka bersedia menerima hukuman ia adalah tanda telah insaf dan sedar atas kesilapan. 

Sebatan dalam syariah bukan untuk mencederakan, menyeksa, dan mengazabkan pesalah. Mudah-mudahan hukuman ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat Islam dan memberi gambaran bagaimana hukuman syariah itu adalah satu hukuman yang berbentuk mendidik dan bukan untuk menyeksa” –   Kamarulazmi Ismail

Ini pula komen menteri di Jabatan Perdana Menteri?

“Selepas dijatuhkan hukuman, kita bagi masa sehingga 14 hari untuk pasangan itu merayu atau meminta hukuman yang lebih ringan.

Tetapi mereka sendiri tidak mahu berbuat demikian malah sanggup untuk menjalani hukuman tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Jadi kenapa mesti ada pihak yang hendak mempertikaikan undang-undang Islam yang kononnya disifatkan zalim atau kejam sedangkan pesalah sendiri tiada masalah malah sedar akan kesalahan mereka dan sedia dirotan,” Dr. Mujahid Yusof Rawa

-TTKM-

 

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: