ZAKAT UNTUK LGBT? Ini cerita sebenar!

Oleh : Dr Fathul Bari Mat Jahya

1. Ia sebenarnya merupakan keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor. Jangan terlalu gopoh membuat andaian negatif. Fatwa ini terhasil dari tafsiran perkataan “al-Riqab” yg disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Taubah, ayat 60.

2. Al-Riqab dlm bahasa Arab adalah hamba. Dan asas zakat kepada “al-riqab” (seorang hamba) membawa maksud pembebasan hamba. ini merupakan pendirian majoriti dari kalangan ulama.

3. Manakala sebahagian ulama yg lain antaranya mazhab Hanbali memperluaskan lagi tafsiran “al-riqab” kepada pembebasan tawanan perang.

4. Oleh itu, dapat difahami bahawa tafsiran Al-Riqab samada merujuk kepada maksud pembebasan Hamba semata2 atau boleh diperluaskan tafsirannya.

5. Maka, atas dasar itu, sebahagian ulama kontemporari spt Muhammad Syaltut dari Mesir bahkan ilmuan2 Islam di Malaysia termasuk majlis2 fatwa peringkat beberapa negeri; memperluaskan tafsiran “al-riqab” dari pembebasan hamba kepada membebaskan siapa sahaja daripada BELENGGU.

6. Lantaran itu, Majlis Agama Islam negeri Selangor memberikan huraian pembebasan seseorg dari BELENGGU kepada beberapa kategori spt berikut:

(A)Masalah Sosial:

– Terbelenggu dengan dadah (penagih dadah dan bekas penagih dadah).

– Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah (minum arak, judi, zina, khalwat, mengandung luar nikah, buang anak, sumbang mahram, persetubuhan, muncikari atau ibu ayam, menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam, mempersenda al-Quran dan hadis serta lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995

– Terbelenggu dengan amalan salah Islam (tidak solat, tidak puasa, usaha membunuh diri dan hidup bersama pelacur)

– Terbelenggu dengan gaya hidup songsang (pelacur, lesbian, homoseksual, maknyah atau transeksual, biseksual, pengkid, tomboy, gigolo dan bersekedudukan dengan orang bukan Islam)

– Terbelenggu dengan kes juvana (gengster, jenayah melibatkan harta benda, pergaduhan melibatkan kecederaan, rompakan, pecah rumah, rogol, jenayah melibatkan senjata merbahaya dan ugutan melibatkan keganasan);

– Terbelenggu dengan penyakit kronik (HIV/aids, kanser/barah, tibi, hepatitis dan lain-lain).

(B) Masalah Akidah:

– Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat (doktrin palsu, mengaku menjadi Nabi, menghina Islam, dan pemujaan salah)

– Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong (orang yang ingin/berhasrat untuk murtad dan orang yang dalam proses istitabah).

7. Yang saya faham dari fatwa Majlis Agama Islam Selangor adalah PEMBEBASAN dari BELENGGU. maknanya jika dia pelacur; utk membebaskan dia dari kancah tersebut, maka harus menggunakan wang zakat. demikian juga hal2 yg lain. Bukan pi cari pelacur, gay, lesbian, mak nyah, “meh sini nak bagi zakat”. itu tafsiran yg tak betul.

8. Cuma saya nak tanya kepada media, kenapa kumpulan ini sahaja yang disebut? kumpulan lain kenapa tak disebut? Saja nak sensasikan kah? Nasihat saya bertaqwalah kepada Allah. Jgn semata2 mengejar sensasi&view yg tinggi; sanggup jadikan isu2 agama sebagai topik yg membuka ruang kepada kritikan umum.

9. Kepada netizen, baca dan kaji sebelum membuat ulasan.

#talkgood

wallahua’lam

Dr Fathul Bari Mat Jahya
Ahli Majlis Tertinggi UMNO


(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili  pendirian TTKM- Editor)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.