Breaking news : “Kerajaan akan kaji semula pelantikan Dr Maszlee sebagai presiden UIAM”- PM

Kerajaan akan mengkaji semula pelantikan Pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut Bernama.

Pelantikan Maszlee itu mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat PH kerana ia dikatakan melanggar janji Pakatan Harapan untuk membebaskan institusi pengajian tinggi (IPT) daripada pengaruh politik.

Malah sebelum ini, Dr Maszlee Malik sendiri mengatakan tidak akan memperalatkan universiti untuk kepentingan politik.

Ini merupakan era baru. Saya akan pastikan Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sampai bila-bila memperalatkan universiti untuk kepentingan politik…ini termasuk diri saya -Dr Maszlee Malik.

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version