Isu tanah tentera : Najib “sekolahkan” Rafidah

Oleh : Najib Razak.

Tan Sri Rafidah Aziz menjawab persoalan saya hari ini dan turut bertegas dengan sumpah “Demi Allah” beliau bahawa “setiap inci tanah’ berjumlah 40,000 hektar Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan kepada tiga individu.”

Dia menggesa saya untuk bersabar untuk menanti tuduhan dengan memetik kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada 14 Jun lalu bahawa setiap tuduhan kesalahan terhadap Menteri akan disiasat.

Saya juga berhak untuk bersuara bagi mempertahankan diri dan parti saya jika kami telah difitnah kerana ada pihak yang mahu merebut kuasa.

Persoalan saya ialah perlukah mengambil masa 3 bulan untuk menentukan bahawa setiap inci tanah kementerian dan tentera sudah terletak bawah nama 3 individu?

Sekadar memeriksa Surat Hakmilik sudah tahu. Tak sampai setengah hari pun.

Saya tahu tuduhan beliau tidak benar sama sekali. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.