Tol tak hapus?: “Langgar je palang tol!”- Ahmad Maslan

PRK BALAKONG | Anggota Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan menyarankan para pengundi yang tidak berpuas hati dengan kegagalan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan tol supaya tidak membayar caj tol yang dikenakan kepada mereka dengan melanggar palang tol, lapor Malaysiakini. 

Walau bagaimanapun, sekiranya ditangkap, Ahmad Maslan meminta jangan cari beliau, sebaliknya mereka yang melanggar palang tol tersebut supaya menjawab sendiri.

“Nak hapuskan tol, adakah mereka (Pakatan Harapan) hapuskan tol? Ada ? Saya harap ada yang antara kita ni yang berani melangar palang-palang tol yang berada di mana mana. Langgar je tuan-tuan dan puan-puan palang-palang tol. Kalau kena tangkap jangan cari saya. Tuan-tuan jawab sendiri,” – Ahmad Maslan

Ahmad berkata demikian kepada kira-kira 50 pengundi Melayu di ceramah MCA di Desa Baiduri Awam, Balakong malam kelmarin.

Menurut Ahmad, ada antara rakan beliau turut berbuat demikian kerana tidak mahu membayar tol.

“Macam mana cara nak langgar tol, tuan-tuan fikirlah sendiri. Tetapi kalau ada apa-apa hal, ditangkap dan sebagainya, (akan) di bawa ke makahmah dan sebagainya,” –  Ahmad Maslan

Ahmad dalam ucapannya turut menyentuh mengenai video pemimpin DAP,  Tony Pua sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjanji HARAPAN akan memansuhkan tol sekiranya menjadi kerajaan.

Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai soalan beliau di parlimen tempoh hari kepada menteri kerja raya, Baru Bian yang menurut beliau membuktikan janji hapuskan tol adalah “kencing satu Malaya”. 

“Saya bertanya di Dewan Rakyat kepada Menteri Kerja Raya yang baru, Baru Bian, bila nak hapus tol ini.Dia kata kalau nak hapus tol, kena belanja RM400 bilion. Mana ada duit RM400 bilion. Kenapa kamu janji menghapuskan tol hari itu (sebelum PRU)?Kencing dan hancing satu Malaya tuan-tuan dan puan-puan,” – Ahmad Maslan

Sebelum ini Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Tan Chee Teong mengingatkan penduduk bahawa kawasan itu dikelilingi oleh tujuh tol yang ‘mengepung’ mereka.

Menurutnya, penduduk Balakong seakan terperangkap dengan tol kerana terpaksa membayar tol untuk keluar ke Kajang atau Kuala Lumpur.

Pada PRU14 lepas, salah satu kempen utama PH adalah untuk menghapuskan tol. Walau bagaimanapun, setelah memenangi PRU 14, janji tersebut dicapati cicah kari tomato dengan memberikan alasan kewangan negara berdepan masalah hutang.

Selain Tony Pua, pemimpin PH lain yang menjanjikan tol akan dihapuskan secara spesifik lokasinya adalah:

  • Lim Guan Eng – janji hapuskan tol PLUS dan Jambatan pertama P. Pinang.
  • Gobind Singh – janji hapuskan tol LDP Puchong.
  • Dr Maszlee Malik – janji hapuskan tol Simpang Renggam

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.