Bekas MB Selangor, Abu Hassan meninggal dunia.

SHAH ALAM, 8 Sept-  Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar  meninggal dunia sebentar tadi dipercayai akibat masalah jantung, lapor Sinar Harian.

Sinar Harian memetik  sumber terdekat mengatakan Abu Hassan tidak sedarkan diri di rumahnya petang tadi sebelum dibawa ke Columbia Asia Hospital, Bukit Rimau, di sini, oleh ahli keluarganya.

Pihak hospital kemudian mengesahkan Abu Hassan meninggal dunia jam 8.05 malam tadi.

Jenazah Allahyarham kini masih berada di hospital dan urusan berkaitan pengkebumian dijangka dibuat esok.

Abu Hassan merupakan Menteri Besar Selangor ke-12 dan memimpin negeri pada tahun 1997 sehingga 2000. – TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.