DUA PELAJAR DITAHAN POLIS KERANA DUDUK BANTAH PELANTIKAN DR MASZLEE SEBAGAI PRESIDEN UIAM.

Putrajaya, 8 September: Dua pelajar yang melibatkan dalam protes duduk bantah di hadapan Kementerian Pendidikan di sini telah ditahan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Mereka merupakan sebahagian dari kumpulan kecil siswa yang semalam yang mendesak menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya meletak jawatan dengan segera sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kedua pelajar tersebut adalah  Asheeq Ali Sethi Alivi dan Siti Nurizzah

Terdahulu, semalam TTKM menghubungi Siti Nurizzah dan Huda Ramli yang menyertai duduk bantah tersebut:

“Kami terus akan duduk bantah di sini untuk mendesak Dr Maszlee meletak jawatan. Beliau harus mengotakan janji beliau pada 7 Jun 2018 yang mengatakan government will never misuse universities for political interests!” – Siti Nur Izzah

“Sepatutnya pada kesempatan yang ada ini, dia buat sistem autonomi universiti menjadi solid, supaya pemimpin-pemimpin selepas ini tidak akan berani melanyak autonomi universiti. Tapi itulah, kalau dia nak bertahan juga jadi presiden, buku good governance dia tu aku rasa layak dibakul sampahkan sahajalah.!” – Huda Ramli.

Pelantikan Maszlee sebagai presiden UIAM itu mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat PH kerana ia dikatakan melanggar janji Pakatan Harapan untuk membebaskan institusi pengajian tinggi (IPT) daripada pengaruh politik. -TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.