Gelar pelajar demo sebagai lembu, pensyarah dikecam netizen.

Gara-gara menggelar pelajar demo sebagai lembu, seorang pensyarah dikecam oleh netizen. Abdul Naser Tun Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Xifu Naser, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,(UIAM) menggelar para pelajar yang berdemonstrasi sebagai ‘lemboo protes demo’ pada  satu hantaran yang dinaikkan di facebook beliau pagi tadi.

 

lemboo.JPG

Berikut merupakan beberapa komen mengecam pensyarah tersebut:

Rashidi Al ZuhriSo tuan xifu naser. Jika student UIA yg study bwh anda digelar lemboo. Anda adalah pensyarah lemboo. As simple as that lemboo. Kah3

Hasnul Fahrain Dia sendiri lemboo kene cucuk idung pastu kata student lemboo??? sang lembu mengata taik lain busuk, padahal taik sendiri xpenah bau!!!

Kay MaDia kena tau apa fungsi demo angkat sepanduk. Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk perhatian. Paling bangsat pun wartawan akan buat liputan. Walaupun hanya angkat sepanduk tali kesannya satu Malaysia tau dia berdemonstrasi.

Spurs CoysAik. Demo time Malaysia baru dipanggil lembu. Dolu punya pendemo bukan lembu? Oh ya. Lupa lembu2 dulu banyak yang dah terbang bila jadi Malaysia baru. Maklum la menteri banyak sangat sembang, lembu pun terbang. Puiii

Amirul Sofyan Syafiq mngelarkan sesorg dgn gelaran nama binatang adalah biadap kurang ajar dan ekstrimis pelampau. ini kah level pensyarah? tahap intelektual spti budak tadika. nasib post ni dh viral hampir smua pages fb biar rakyat dan anak muda sndiri menilai. shame on you idiot.

Mohamad Iwan Fazri lembu yang dah jadi KERA jaan dah x dipanggil lembu ke?
dulu lembu lembu ni kaki demo jugak,kaki flashmob,kaki rempuh pagar..

Fathi Aris Omar Eja sahaja, Lembu! Buat apa takut-takut? Nak hentam siswa pun tidak berani? Jangan lembukan orang kalau kita pun tidak faham…Cara dia tulis jelas dia tidak faham. Sebab itu, jangan lembukan orang, nanti kita jadi lembu

Kia Syakira Dulu masa PH protes siap berguling atas jalan raya takde pula lembu kerbau ni. Janganlah begitu xifu. Kalau anak murid kita gagal memahami makna san falsafah autonomi, pensyarahnya dulu lah yang harus kita titik dahulu.

Para pensyarah juga harus bisa berani turun dan menyatakan solidariti, bukan melaung laung dari tingkap bilik office saja. Apatah lagi nak kata orang lembu pula.

Anas Abd Jalil Xifu ni makhluk mana ni? Dia hentam student bab protes, konon student kena paham falsampah bagai. Dia ni geng Kancilian atau geng Tukul Cethak yang sebenarnya tak banyak membaca tapi poser tu?

Durai Sam Dulu zaman ph protes x ada plak label lembu..atau suruh ikut procedure

Sidious Ashidiq Seorg pendidik acah2 bruno mars melembookn student2 beliau sbb berdemo secara aman.alaha

Mohamad Sufian Arent you a lecturer/preacher and supposed to give better advise than calling those who against your friend names?this ‘advise’ does not seems right when it come from the people who wearing religious hat like you sir .

Nur Mohamad Adli I think, most of the people even minister today born from that demo culture and one of the factors that citizen heard their thinking and ideas…
So pd saya.. Intelectual debates or formal speaker corner tu sy stuju ianya penting utk objektif trtntu..
But on certain objectives demo method become most suitable with condition of following good ethics..
I dont agreed for your words “Lemboo” as we are in democracy so if that words applicable for demo protess, you means our cabinets nowadays is father & mother of “Lemboo”.

Roiz Reine M Salleh Menteri yang ada ni asal dari lembu juga ke? pasal diorang pernah terlibat demo

Nurul Aizam Zaini Alah… Nak back up member menteri. Cakap jelah.

Abu Syuhada Al Fateh Tetiba buat demo dicop lemboo… dulu tak pula dicop gitu

Jacob Rahim Wow xifu.. Lost respect for u.. Sorry

Azhari Ibrahim Astaghfirullahal adzim! Tuan Xifu Naser III kata pendemo tu lembu? Astaghfirullah. Beginikah caranya tokoh pendakwah moden menilai para mad’u?

Fairuz Ariffin La tu hak diorg la nk demo ke tak.. budaya ni yg dibawa oleh kerajaan skrg… x setuju gelar org lembu… bkn naik raikan pendapat dan kebebasan bersuara.. org mcm ko ni level otak sempit

Amirul Mukminin Sounds like very BN ..lol

Abu Humaira Debat dan demo tujuannya berbeza. Ada ketika perlu debat dan ada ketika perlu demo. Sepatut pendakwah bijak macam anda lebih tahu.
Malangnya mata anda dibutakan taksub kepada PH.

Zoul HilmieyAlaaa dlu u pon sma aje.. org2 dlm krajaan dlu pon sokong buat protes dkt u… U knl adam adli? If diorang lembu..u mgkin kerbau

Razif YunusWei lembu, gila batak fb sampai 3. Ko sbg lecturer kat IIUM mana integriti kau bila menteri pendidikan jd presiden?? Asal ko takde suara ke..

Alif Mokhtar Ko pk, pakai topi gitu ko bruno mars ke. Menyirap plak aku

Untuk rekod, Xifu Naser mengajar subjek Critical Thinking di UIAM dan merupakan rakan baik kepada Dr Maszlee Malik.

Semalam, sekumpulan kecil mahasiswa mengadakan demo duduk bantah di Kementerian Pendidikan menuntut Dr Maszlee Malik letak jawatan sebagai presiden UIAM.

Dua dari mereka, Asheeq Ali dan Siti Nurizzah telah ditahan polis pada jam 1 pagi dan dilepaskan pada jam 8 pagi tadi atas jaminan polis.

Pelantikan Maszlee sebagai presiden UIAM itu mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat PH kerana ia dikatakan melanggar janji Pakatan Harapan untuk membebaskan institusi pengajian tinggi (IPT) daripada pengaruh politik. -TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.