“KAMI HANYA MAHU DR MASZLEE HORMATI AUTONOMI UNIVERSITI DAN BERUNDUR DARI UIAM.” – Asheeq Ali

bottle

Kenyataan Media.

KAMI HANYA MAHU DR MASZLEE HORMATI AUTONOMI UNIVERSITI DAN BERUNDUR DARI UIAM.

1. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan yang terus bersolidariti bersama kami, alhamdulillah saya dan Izzah telah dibebaskan lebih kurang jam 8 pagi tadi dengan seorang penjamin setiap seorang.

2. Kami ditahan dan disiasat di bawah seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan) susulan laporan polis yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Semasa kami ditahan, hanya saya dan izzah berada di dalam kompaun tersebut, manakala rakan rakan lain berada di luar pagar kerana tidak diberi kebenaran untuk masuk. Hanya dengan dua orang di dalam kompaun, dikelilingi oleh lebih 20 orang pegawai polis dari IPD Putrajaya dan lebih sepuluh orang pengawal keselamatan, mana mungkin kami mengancam keselamatan seperti yang didakwa oleh pihak kementerian. Unsur keselamatan hanyalah helah mereka untuk memberhentikan protes kami.

4. Kami duduk bantah pelantikan Dr Maszlee sebagai President UIAM hanya kerana ia satu “violation” kepada autonomi universiti. Saya faham bahawa Dr Maszlee mempunyai kreadibiliti untuk jawatan tersebut, tetapi prinsip tetap prinsip. Sekarang, Dr Maszlee adalah orang politik, seorang menteri kabinet, justeru “conflict of interest” tetap wujud.

5. Setelah 5 orang lembaga pengarah universiti dipecat pada 31 July 2018 , Dr Maszlee sendiri menegaskan bahawa mereka dipecat atas sebab mereka adalah “political appointees”.

the rules should apply across the board.

6. Dr Maszlee bukan lantikan politik pertama di era Malaysia Baru, Setiausaha politik beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UUM.

7. Kami tidak mahu perkara yang sama berulang seperti di era Malaysia Lama dimana universiti menjadi kilang kerajaan untuk mendoktrin dan mengongkong mahasiswa.

8. Saya mohon jasa baik untuk Dr Maszlee berundur sebagai President UIAM. Perjuangan kami akan berterusan sehingga Dr Maszlee letak jawatan tersebut.

ASHEEQ ALI BIN SETHI ALIVI


Berita terdahulu : DUA PELAJAR DITAHAN POLIS KERANA DUDUK BANTAH PELANTIKAN DR MASZLEE SEBAGAI PRESIDEN UIAM.

 

Putrajaya, 8 September: Dua pelajar yang melibatkan dalam protes duduk bantah di hadapan Kementerian Pendidikan di sini telah ditahan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Mereka merupakan sebahagian dari kumpulan kecil siswa yang semalam yang mendesak menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya meletak jawatan dengan segera sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kedua pelajar tersebut adalah  Asheeq Ali Sethi Alivi dan Siti Nurizzah

Terdahulu, semalam TTKM menghubungi Siti Nurizzah dan Huda Ramli yang menyertai duduk bantah tersebut:

“Kami terus akan duduk bantah di sini untuk mendesak Dr Maszlee meletak jawatan. Beliau harus mengotakan janji beliau pada 7 Jun 2018 yang mengatakan government will never misuse universities for political interests!” – Siti Nur Izzah

“Sepatutnya pada kesempatan yang ada ini, dia buat sistem autonomi universiti menjadi solid, supaya pemimpin-pemimpin selepas ini tidak akan berani melanyak autonomi universiti. Tapi itulah, kalau dia nak bertahan juga jadi presiden, buku good governance dia tu aku rasa layak dibakul sampahkan sahajalah.!” – Huda Ramli.

Pelantikan Maszlee sebagai presiden UIAM itu mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat PH kerana ia dikatakan melanggar janji Pakatan Harapan untuk membebaskan institusi pengajian tinggi (IPT) daripada pengaruh politik. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.