
PETALING JAYA, 8 Sept: Calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar menang di kerusi Seri Setia mengalahkan calon PAS, Dr Halimah Ali, menurut laporan The Star.
Keputusan tidak rasmi setakat jam 7.30pm menunjukkan Halimey berjaya memperoleh 12690 undi berbanding calon PAS, Dr Halimah Ali yang mendapat 8890 undi.
Undi yang diperoleh PAS adalah sekali ganda berbanding undi yang diperoleh oleh parti tersebut pada PRU14 lepas iaitu sebanyak 4563 undi.
Peratusan keluar mengundi juga adalah rendah iaitu sebanyak 44%.
Keputusan rasmi akan dikeluarkan oleh SPR selepas jam 9 malam – TTKM-
Leave a Reply