Sogo, 8 Sep: Protes terhadap peguam negara, Tommy Thomas berhubung keputusan menggugurkan dakwaan ke atas menteri kewangan, Lim Guan Eng malam tadi kecoh apabila lebih kurang 200 penyokong UMNO dan polis bergelut apabila mereka mula berarak dari Sogo menuju ke balai polis Dang Wangi sambil melaungkan slogan “Undur Mahathir Undur”.

Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi diketuai ACP Shaharudin Abdullah menyekat perarakan berkenaan dan mengarahkan kira-kira 200 pesertanya bersurai.
Menurut Lokman, yang juga ahli majlis tertinggi UMNO, yang mengetuai demo tersebut, Thomas telah menyalah guna kuasa dan gagal dalam tanggung jawab beliau apabila pejabat peguam negara membenarkan represestati oleh peguam Lim untuk menggugurkan dakwaan yang melibatkan pembelian banglo yang dikatakan bawah harga pasaran ketika beliau menjawat jawatan ketua menteri Pulau Pinang.
“Kami percaya terdapat transaksi yang meragukan (berhubung pembelian banglo) dan kami desak pihak polis supaya menyiasat untuk mengelakkan lebih banyak ‘terkejut’.” – Lokman Noor Adam.
Dalam ucapan ringkasnya, Lokman turut mendakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng melalui kementeriannya telah membuat dua transaksi sebanyak RM5 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Malaysiakini.Â
“Lim Guan Eng telah buat dua pemindahan tunai yang sangat mencurigakan sebelum bermulanya kes Datuk Seri Najib (Razak).
“Pertama, pada 23 Mei 2018, dokumen… telah disediakan oleh kementerian kewangan berjumlah RM2.5 juta dari akaun MOF (Kementerian Kewangan) ke akaun bank SPRM.
“Manakala transaksi kedua pada 27 Julai… untuk tujuan pindahan sebanyak RM2.5 juta ke akaun bank SPRM,” – Lokman
Lokman berkata pihaknya membuat laporan hari ini untuk SPRM menyiasat jika transaksi ini dibuat untuk memastikan Najib didakwa atau ia rasuah bagi memastikan kes Lim digugurkan.

Lokman kemudian memberitahu sidang akhbar bahawa Shaharuddin tidak profesional dan mendakwa pihak polis telah mengoyakkan laporan polis beliau.

Sementara itu kelmarin, pejabat peguam negara menyatakan Thomas yang pernah menjadi peguam bela untuk Lim, tidak terlibat dalam keputusan menggugurkan tuduhan tersebut.