Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Taib Mahmud

Kuching, 9 September:  Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di kediaman rasminya di Demak Jaya semalam.

Menurut kenyataan akhbar yang dipetik Borneo Post,  lawatan tersebut adalah untuk memaklumkan Taib mengenai lawatan kerja dua hari di Sarawak dan pada masa yang sama mengukuhkan hubungan sedia ada.

Kunjungan ini merupakan yang pertama dilakukan Anwar setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan pusat pada Mei lalu.

Turut menemani Anwar ketika lawatan tersebut, adalah ahli parlimen Julau, Larry Sng manakala Taib bersama isterinya  Toh Puan Dato’ Sri Ragad Kurdi Taib

Kunjungan Anwar dikritik

Sementara itu, Pengarah Eksekutif C4 Center, Cynthia Gabriel mempersoalkan kunjungan Anwar tersebut melalui kicauan di akaun twitter beliau:

“Hai Anwar Ibrahim, kenapa kamu bersama dengan kleptokrat? Tiada langsung mengilhamkan keyakinan. #TakMahuLagiPemimpinKorup #MalaysiaBaru – Cynthia Gabriel

Sebelum ini, Anwar mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lembab menyiasat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa oleh laman sesawang Sarawak Report.

nuar poyo.JPG
Tangkap layar  laoran portal Malaysiakini , 7 Feb 2011.

Walau bagaimanapun, Anwar  kini krik krik bunyi cengkerik mengenai perkara tersebut setelah PH memenangi PRU 14 lepas, apatah lagi beliau kini disebut-sebut sebagai bakal perdana menteri ke 8.  – TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.