“Saya tidak gelar pelajar lembu, media spin!” – Xifu Naser

Gombak, 9 Sept: Pensyarah Universiti Islam Malaysia, Abdul Naser Tun Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Xifu Naser  menafikan beliau menggelar pelajar yang melakukan protes demo sebagai lembu.

Sebaliknya, Xifu Naser berkata media telah memutar belit kenyataan beliau.

“Ini media manyak spin. Saya kata “JANGAN JADI LEMBU PROTES” ….bukan gelar mereka lembu. Kenyataan saya mengkritik BUDAYA lemboosization yang lebih utamakan demo dari critical debates.” – Xifu Naser

Berikut merupakan kenyataan beliau kelmarin yang mencetuskan kontroversi lembu -melembu tersebut:

JGN JADI LEMBOO PROTES DEMO
Kerajaan dah buka platform di universiti untuk debat politik seluas-luasnya tetapi sebilangan kecil pelajar pilih demo protest yang tak perlu guna otak pun. Duduk-duduk dan tunjuk poster sahaja. Buatlah debat falsafi di univerisiti dan gunalah speaker’s corner. We must minimize such emo protest and demo and cultivate a critical culture.
Nak cakap pasal autonomy tapi jahil masalah falsafah autonomy. Hanya ikut cakap politik murahan bahawa autonomi universiti maknanya bebas politik sedangkan makna “political” dan falsafah autonomy pun tak tau. Semua tak tau. Pegang sepanduk je tau.
NO LEMBOOSIZATION CULTURE IN IIUM” – 
Xifu Naser

Laporan terdahulu TTKM semalam:  https://ttkm.com.my/2018/09/08/pensyarah-uia-gelar-pelajar-demo-sebagai-lembu/

Seorang pelajar UIAM jurusan sarjana Linguistik Arab, Huda Ramli yang  menempelak pensyarah terbabit  sebagai bapak lembu berkata, Xifu Naser telah tertinggal banyak perkara mengenai pelajar UIA.

“Dia ni tertinggal keretapi. Heavy intellectual program budak UIA ramai dah buat dah pun. Semua kitab falsafah lama semua dah mula dibukak balik dan ditalaqqi. Dia je syok sendiri perasan budak2 uia semua masih bodoh lagi nak cakap pasal cinta kahwin bagai saja. Perasan dia seorang ja tercerah” – Huda Ramli.

Sementara itu, di bahagian komen hantaran Xifu Naser itu, beliau tetap juga dikecam netizen:

Abdul Muqit Bin Muhammad Suruh dia mengeja penuh dululah. Mengeja kontot2 ni falsafah mana ajar?

Ben Othman Othman Bersih 4 kali jadi lembu jalanan akhir nya berjaya ke putra jaya apa macam?

Hafiz Hafizuddin Xifu setuju lah yg PH langgar janji ? adakah langgar janji lembu juga?

Edwin Michael Contoh lain BUDAYA LEMBOOSIZATION ialah pensyarah akademik yang menjilat menteri dan parti daripada memahami erti sebenar kebebasan ekspresi, kebebasan akademik dan penentangan terhadap kegilaan kuasa oleh Mahasiswa! Memalukan ahli akademik!

Adam Abd Jalil Kau lecturer ka org MLM? Banyak sgt spin..last2 jual produk.

Maizun Mastura Lecturer lembooooooo. Moooooooo.

Eddy Gordon Zul Senjak bila demo tu jalan emo?

Berikut merupakan kenyataan penuh Xifu Naser:

Ini media manyak spin. Saya kata “JANGAN JADI LEMBU PROTES” ….bukan gelar mrk lembu. Kenyataan saya mengkritik BUDAYA lemboosization yg lebih utamakan demo dari critical debates. Contohnya pelajar lbh sanggup pegang sepanduk berjam2 daripada mendalami sebuah kitab falsafi tinggi ttg konsep autonomi. Semester Malaysia Baru baru seminggu. Mengapa tidak buat dulu debat terbuka di kampus ttg isu autonomi?? Mengapa terus mau guna jalan emo iaitu demo? Cuba check berapa mahasiswa yg passionate baca buku falsafah tinggi demi ilmu, bukan exam?

Autonomy adalah konsep falsafah.yg byk.khilaf. Mahasiswa patut kaji dulu khilafnya. Benar to some extent kata Asheeq Ali bhw selama 61 tahun, universiti mcm kilang hasilkan pelajar yg ikut je.

Tetapi pada masa yg sama, mahasiswa yg kritik budaya kilang ini atau.budaya lemboosization (istilah saya) ini … jgnlah anggap bhw dlm masa yg singkat dgn kerajaan baru, mrk sendiri dah jadi Ubermensch (Nietzschean). Mrk perlu muhasabah balik “ilmu2” yg di sudukan kpd.mrk selama 61 tahun ini termasuk ttg teori autonomy! Teori bhw autonomy iaitu bebas dari political influence ke atas uni guarantees freedom of thinking adalah mantera yg terlalu byk kali di ulang2 sehingga menjadi HOLY, SACRED, RELIGIOUS. Hakikatnya ia terlalu oversimplistic. Hanya melalui pembacaan kitab2 falsafah tinggi dan sejarah penciptaan konsep autonomy sbg produk enlightenment…. barulah mahasiswa faham isunya bukan mudah jika benar2 mau lawan arus lemboosization di universiti … Kalau tak faham, nescaya akan terperangkap dlm lemboosization juga tanpa di sedari.

Saya passionate dlm.philosophical debates. Menurut video di bwh, di katakan ada 10 protestor. Saya ingin ajak kesemua mrk utk.buat open philosophical debate.dgn saya seorang di uiam. Bagus utk.lancarkan budaya critical philosophical jidal yg anti lemboosization atau.budaya kilang. 

Tajuk.berkisar ttg kepentingan autonomi sebagaimana yg di sebut oleh Asheeq Ali bila menjawab soalan wartawan. Saya tak setuju dgn perspektif beliau ttg konsep autonomi.
.
Sudah tiba masa persatuan2 pelajar organize byk critical.high level conversation atau debates antara ustaz dgn ustaz, lecturer dgn lecturer, lecturer dgn students, politician dgn politician, hetero dgn homo etc. Utamakan battle of ideas, bukan demo. Minimizekan demo, maximizekan intellectual jidals.
.
Ini patut menjadi semangat msia baru di kalangan mahasiswa. 
.
Kembalikan pengajian HIGH LEVEL PHILOSOPHY utk lawan budaya lemboosization, bukan duduk bantah setelah baru seminggu mula sem di era Msia Baru … . Utamakan debat dulu, bukan demo. – Xifu Naser

-TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.