(Video) KANTOI SEKS DALAM KERETA: DUA PADERI KATOLIK DITAHAN, DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

Miami, Amerika Syarikat, 9 sept: Dua orang paderi Katolik telah ditahan selepas ditangkap melakukan perbuatan seks sejenis di dalam sebuah kereta sewa yang diparkir berhampiran Miami Beach, menurut laporan New York Post.

Diego Berrio, 39, dan Edwin Giraldo Cortez, 30, didakwa atas tuduhan “berkelakuan lucah dan berahi” ( lewd and lascivious behavior)  selepas orang ramai melihat kejadian mereka melakukan hubungan seks  tersebut di waktu siang hari pada 4 September lepas.

Selepas menerima aduan, polis tiba di tempat kejadian sekitar jam 3.30 petang dan mendapati perbuatan seksual tersebut  masih berlaku. Pegawai polis dengan mudah dapat melihat kedua-dua tertuduh, kerana kejadian di dalam kereta Volkswagen Beetle berwarna hitam itu diparkir sebelah taman permainan dan cermin keretanya telus.

Manakala menurut laporan Local10, ketika serbuan, kedua-dua paderi  tersebut sedang asyik melayan nafsu sehinggakan tidak menyedari bahawa polis sudah mengerumuni mereka. Untuk mendapatkan perhatian tertuduh, pegawai polis tersebut terpaksa mengetuk cermin kereta beberapa kali.

Kedua-dua Berrio dan Cortez berasal dari Arlington Heights, Illinois, pinggir bandar Chicago. Berrio merupakan paderi di Mission San Juan Diego, sementara Cortez pula berkhidmat di St. Aloysius Parish di Chicago. Keduanya kemudian dilucutkan.

Berrio dan Cortez kemudian dihadapkan di mahkamah jaminan pada selasa lepas di mana Cortez meminta jaminan kerana beliau dijadualkan untuk ke Columbia pada keesokannya. Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa beliau menghabiskan masanya dua bulan di kawasan Chicago.

“Kebimbangan utama yang saya ada adalah fakta bahawa ia berlaku di khalayak ramai. Sehinggakan pegawai polis yang datang boleh melihat (perbuatan seks tersebut). Itulah masalahnya” – Hakim Jeffrey Rosinek

Selepas dibebaskan, wartawan cuba medapatkan komen dari kedua mereka tetapi gagal kerana mereka terlalu malu. Malah salah seorang tertuduh melarikan diri dengan laju seperti acara balapan 100 meter – TTKM-

lari2.jpg
Tertuduh melarikan diri dari wartawan.

-TTKM-


Kami di pihak editorial Buletin TTKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang memberi sokongan kepada portal kecil ini. Teruskan sokongan anda dengan membuat sumbangan kepada Buletin TTKM.
Syarikat : TTKM Enterprise     No Akaun : 8603355994 (BANK CIMB)  

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.