Anwar bakal bertanding di Port Dickson?

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi parlimen, di Negeri Sembilan melalui satu pilihanraya kecil, menurut laporan The Star. 

Satu-satunya kerusi parlimen yang dimenangi PKR di negeri sembilan adalah Port Dickson.

Ahli parlimen tersebut, Danyal Balagopal Abdullah memenangi kerusi tersebut pada PRU 14 dengan mendapat 36,225 undi manakala calon BN, VS Mogal mendapat 18,515 undi dan calon PAS, Mahfuz Roslan mendapat 9,594 undi.

Walaupun menang dengan majoriti selesa 17,710 undi, ia masih tidak boleh dianggap kerusi benar-benar selamat untuk Anwar memandangkan mood pengundi yang bosan dengan perkembangan politik negara. Malah ,  pilihanraya kecil Balakong, Seri Setia dan Sungai Kandis baru-baru ini menunjukkan peratusan keluar pengundi yang sangat rendah.

Untuk rekod, Parti Keadilan Rakyat sudah beberapa kali mencetuskan pilihanraya kecil dengan wakil rakyatnya meletak jawatan.

Pada 2008, Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk membenarkan suaminya, Anwar Ibrahim bertanding semula di kerusi tersebut.

Pada 2014, Adun PKR,  Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai adun Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Kajang Move untuk menobatkan Anwar sebagai menteri besar Selangor. Tetapi langkah kajang tersebut menjadi langkah kejung apabila Anwar didapati bersalah dalam kes Liwat 2.

Sebelum  PRU14, Wan Azizah mengakui bahawa sebahagian dari rancangan beliau adalah supaya menjadi pemanas kerusi untuk suaminya dalam satu bual bicara program Al Jazeera.

 

Walau bagaimanapun, setelah PH menang PRU 14 dan Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau melakukan pusingan U dan tidak pula mengosongkan kerusi parlimen Pandan beliau untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar.

Jika Anwar menang pada pilihanraya kecil kelak, Malaysia akan mencatat satu lagi sejarah apabila suami, isteri dan anak (Anwar, Azizah, Nurul Izzah) menjadi ahli parlimen serentak. -TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.