“Lebih rela mati ‘kurang ajar’ dari gadai prinsip!” – Asheeq Ali

Gambar Bernama

Oleh : Asheeq Ali

Ya, kami kurang ajar.

Sikap kurang ajar ini lah yang melawan kebobrokan UMNO/BN dahulu. Sikap kurang ajar ini lah yang menggerakkan himpunan TangkapMO1 dahulu. Dulunya, apabila berdemonstrasi, rempuh polis digelar “aktivis”, sekarang ini digelar biadap dan kurang ajar.

tangkap mo1.PNG
Tangkap layar laporan Malaysiakini 15 November 2016, Asheeq digantung  dari UKM 1 semester

#MalaysiaBaru

Menteri dah ada depan mata, kenapa tak berunding?

Klip video terjerit terlolong itu hanya beberapa minit tuan tuan. Sebelum itu, Sejam kami duduk di dalam bilik mesyuarat, kami dilayan seakan budak budak. Kononnya untuk mendengar keluhan kami.

Akhirnya, depan media dia kata, ” Saya tak akan letak jawatan sehingga saya sempurnakan misi saya dalam UIAM untuk mengembalikan semula kegemilangannya”

Sedikit pun hujah kami tidak diterima, semua ditangkis begitu sahaja. Kami juga bangkitkan soal perlantikan SetPol dia ke UUM, teatapi ia diketepikan begitu sahaja.

Perjumpaan itu nampaknya hanya satu taktik politik untuk meredakan isu penahanan aku dan Izzah.

Sudah diperbodohkan di dalam mesyuarat itu, apa kau mau aku cium tangan Dr Maszlee?

Video penuh Perjumpaan :

 

Dan sejak bila laungan ini menjadi kurang ajar dan biadap? Setelah pertemuan yang mana kami rasa kami telah diperbodohkan, kami hantar dia pulang dengan mesej tegas melalui laungan itu untuk dia letak jawatan segera. Ada aku mencarut atau menghina dia?

Jika laungan meminta dia undur itu digelar kurang ajar maka biarkanlah. “Kurang ajar” itu yang melawan kerajaan sebelum ini di atas jalanraya (bersama kalian yang kini menjadi pendokong kerajaan sekarang).

Video laungan :

Aku lebih rela mati “kurang ajar” daripada mati menggadaikan prinsip. Aku akan terus melawan pelantikan politik dalam IPT, aku akan terus lawan untuk dapatkan kembali autonomi universiti kerana itu yang diajarkan sendiri oleh Dr Maszlee (beliau sendiri mengaku semalam). Dan aku melawan kerana aku salah seorang mangsa campur tangan politik dalam universiti.

Terima kasih.

Asheeq Ali
Mahasiswa kurang ajar.


Asheeq Ali merupakan pelajar jurusan Undang-Undang UKM yang sedang menunggu graduasi. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor

Berita terdahulu : https://ttkm.com.my/2018/09/13/video-maszlee-letak-jawatan-dalam-masa-7-hari-mahasiswa/

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.