KUALA LUMPUR: Peguam terkenal, Tan Sri Shafee Abdulllah telah ditahan SPRM awal pagi tadi dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA).
Astro Awani melaporkan beliau akan didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Dr Muhammad Shafee merupakan ketua pembela untuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas pecah amanah, penggubahan wang haram dan salah guna kuasa.
PAda 6 september lepas, Pejabat Peguam Negara menyiarkan affidavit yang mendakwa Shafee menerima wang dari Najib berjumlah RM9.5 juta di antara 2013 dan 2014.
Menurut laporan The Star, terdapat dakwaan bahawa wang tersebut merupakan pembayaran yang diterima Shafee untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kes rayuan Liwat 2.
Walau bagaimanapun, Shafee menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan bayaran itu diterima beliau sebagai bayaran tertunggak perkhidmatan guaman yang dilakukan beliau untuk UMNO dan Barisan Nasional sejak zaman PM ke 4 lagi.
Beliau turut menyatakan kebimbangan beliau dengan penyiaran affidavit tersebut yang didakwanya mempunyai tujuan lain.
“Saya bimbang Pejabat Peguam Negara sedang dieksploitasi untuk menjadikan saya sebgai mangsa bagi menghalang saya mempertahankan Najib dalam kesnya” – Shafee Abdullah.
-TTKM-