Putrajaya, 14 Sept: Status lama di facebook page Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai ‘munafik’ didapati dipadamkan setelah dikongsikan oleh laman FB Tentera Troll Kebangsaan Malaysia petang semalam.
“Munafiq itu sangat pandai berkata-kata, sangat pandai bermuka-muka, dan licik mempergunakan segala peluang yang ada untuk menonjolkan dirinya. Hakikatnya, dia tidak sangkakan yang ramai telah mengetahui tentang hakikat diri kemunafikannya walaupun yang ramai itu berlagak naif. Akhirnya sang munafik akan jatuh kerana kelicikan dirinya sendiri” – Maszlee Malik, 28 Disember 2013
Status tersebut dipadamkan kerana dipercayai Dr Maszlee mengalami sagung (sakit punggung aka butthurt) dan hasu (hati tisu) akibat ditroll oleh netizen di bahagian komen yang bertanya adakah munafik itu dirujuk kepada diri beliau sendiri.
Link FB status tersebut:
Ini kerana ,sebelum ini beliau telah berjanji tidak akan ada campur tangan politik di universiti. Walau bagaimanapun, beliau melakukan pusingan-U apabila beliau sendiri dilantik sebagai presiden UIAM.
Untuk rekod, Dr Maszlee mencipta rekod menteri paling kuat ditroll oleh netizen. Perkara ini berlaku kerana pada PRU ke 14 lepas, beliau telah berjanji kepada pengundi Simpang Renggam bahawa tol di kawasan tersebut akan dihapuskan sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14. Beliau turut menyeru pengundi Simpang Renggam supaya menuntut janji tersebut apabila PH menjadi kerajaan.
Sebaliknya setelah Pakatan memenangi PRU, beliau krik krik bunyi cengkerik terhadap janji ini malah apa yang dilakukan oleh Dr Maszlee adalah mengumumkan kasut hitam untuk pelajar sekolah bermula tahun 2019.
Sebelum itu, status Dr Maszlee yang menulis mengenai pantun turut dipadamkan semalam kerana penuh pada bahagian komennya ditroll oleh netizen.
Berikut pula status-status lain yang dipadamkan sebelum ini- TTKM –
“Kreatif? Atau literalis?” – Dr Maszlee, 19 Dis 2013.
“Apakah benar janji yang tak ditepati ini?– Dr Maszlee 17 Disember 2013
“Hmmm. yang biaya pembinaan lebuhraya adalah duit rakyat kan?” – Dr Maszlee Malik, 16 Disember 2013.