Kebebasan bersuara apa kejadah?

Gambar Bernama

Oleh : Pyanhabib Rahman

SEMASA Malaysia ditadbir rejim Mahathir Mohamad, kamu berkeriau memprotes konon atas nama kebebasan bersuara.

Apabila Malaysia ditadbir rejim Abdullah Badawi, kamu juga berkeriau memprotes konon atas nama kebebasan bersuara.

Apabila Malaysia ditadbir rejim Najib Razak, kamu terus berkeriau memprotes juga konon atas nama kebebasan bersuara.

Apabila rejim Najib Razak terlungkup dan kembali ditadbir rejim Mahathir Mohamad bagi kali kedua, kamu masih juga berkeriau, juga atas nama konon kebebasan bersuara.

Dan, kamu penuh prasangka. Kamu melihat kebebasan bersuara hanya untuk kamu dan orang-orang di lingkungan kamu dan tidak untuk orang lain.

Kamu terus-terusan melihat orang lain salah dan kamu sentiasa tidak salah.

Dan nanti, ditakdir Malaysia ditadbir Anwar Ibrahim sebagai rejim Malaysia Baru, gua percaya kamu tetap berkeriau dan memperguna alasan kebebasan bersuara kamu hanya untuk kamu dan lingkungan kamu. Kebebasan bersuara apa kejadah? -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.