MASZLEE, SAMA ADA KAMU LETAK JAWATAN ATAU KAMI UNDURKAN KAMU!

Oleh : Yazid Khairul Azman

Pertemuan semalam bersama Dr Maszlee Malik memberi 1001 sebab untuk semua gerakan mahasiswa menumbangkan beliau bukan sahaja daripada kerusi Presiden UIAM, malah juga sebagai Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak zaman UMNO-BN lagi, mahasiswa bertempur bertahun-tahun untuk mendesak kerajaan akur kepada suara mahasiswa.

Sampai berhimpun di luar pagar setiap universiti, bermalam di pagar Parlimen sehingga terpaksa bermalam di lokap semata-mata untuk mendaulatkan suara mahasiswa.

Namun apa yang kita dapat sebagai balasan? Dr Maszlee dengan mudah menghimpunkan gerakan mahasiswa bukan di Kementerian, malah hanya layan mahasiswa di warung semata-mata. Beliau tidak bawa sebarang nota untuk menulis, malah berkeras untuk terus dengan pendirian beliau tanpa sedikit pun terima tuntutan mahasiswa.

Aku juga difahamkan beliau ada perjumpaan dengan pensyarah-pensyarah sebelum itu juga di Restoran Amjal. Pelayan di situ siap komen lagi, “Kat warung je jumpa pensyarah?” Aku tak mahu ulas panjang bab ni. Perkara sudah pun berlaku, jelas beliau hanya mahu mengambil kesempatan & semata-mata nak layan sahaja karenah mahasiswa ini dengan perjumpaan singkat sengaja dibuat dekat dengan waktu Maghrib.

Kepada semua gerakan mahasiswa yang aku hormati, sudah terlalu banyak kita mengalah & menyerah. Aku di sini bukan untuk memperkecilkan antara satu ke satu gerakan mahasiswa. Aku percaya kita adalah rakan setara & wajib menyokong antara satu sama lain. Jika tidak turut serta pun, kita tidak bergeser antara satu sama lain. Ini prinsip asas.

Disebabkan perangai kebanyakan gerakan mahasiswa yang cenderung kepada pemerintah menyebabkan kita menjadi semakin lemah & mudah dipermainkan. Dilayan macam budak-budak. Mereka layan macam kita tin kosong. Seolah-olah kita tidak layak untuk berbincang di pejabat mereka, tiada kertas kerja untuk dibentangkan & juga tidak tahu berbahas mengenai rejim-rejim polisi kementerian.

7 hari GAMIS berikan luput hari ini. Ternyata sikap kamu serupa sahaja macam kerajaan UMNO-BN yang dahulu. Dalam Era Malaysia Baharu ini, kami akan gunakan ruang seluas-luasnya untuk menumbangkan kamu. SAMA ADA KAMU LETAK JAWATAN ATAU KAMI UNDURKAN KAMU!

Nak suruh aku mengalah, MAAF ITU BUKAN AKU. Aku janji kita akan bergerak semula. Bukan lagi sambil menyarung kot, tetapi menyarung jeans & but menghentak jalan raya. Nantikan! #UndurMaszlee -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.