
Putrajaya, 14 Sept: Prestasi nilai matawang ringgit adalah yang terbaik di antara matawang utama di dunia sungguh pun berlaku perubahan kuasa menggantikan Dato Seri Najib dengan Tun Mahathir, kata menteri kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan yang dinaikkan di laman FB Kementerian Kewangan.
Tambah kenyataan itu, dakwaan Najib yang mengkritik kerajaan PH bahawa nilai wang ringgit tidak meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak mentah sedunia adalah tidak berasas.
“Beliau (Najib) sengaja gagal mengambil kira faktor-faktor penting seperti kadar peningkatan faedah dolar Amerika Syarikat, kemelut kewangan negara-negara membangun dan tidak-tentuan hala tuju ekonomi dunia akibat ‘perang perdagangan’ antara Amerika Syarikat dengan China. “ – Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng kemudian menyatakan prestasi ringgit amat baik di antara mata wang utama dunia jika dibandingkan sejak akhir tahun 2017 sehingga September 2018.
“Matawang ringgit Malaysia telah menunjukkan prestasi amat baik di antara mata wang utama dunia. Sejak akhir 2017, nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat hanya menurun sebanyak 2.2% setakat 11 September 2018. -Lim Guan Eng
Beliau juga amat yakin nilai ringgit akan kembali pulih selepas masalah hutang dan skandal Barisan Nasional seperti 1MDB selesai.
“Kerajaan persekutuan Pakatan Harapan amat yakin kedudukan nilai matawang ringgit hanya akan bertambah baik dalam jangka masa sederhana selepas masalah-masalah hutang dan skandal-skandal Barisan Nasional seperti 1MDB diselesaikan” – Lim Guan Eng.
Kelmarin, Najib memerli kerajaan PH dengan berkata walaupun beliau sudah turun, kenapa nilai ringgit turut turun juga, tidak meningkat, seperti yang selalu dikatakan oleh pemimpin Pakatan Harapan.
(Baca berita sebelum ini: “Saya dah turun, kenapa ringgit tak naik?” -Najib Razak” )
Najib kemudian menunjukkan graf penurunan nilai RM sejak kerajaan bertukar pada 9 Mei lepas berbanding harga minyak yang meningkat.

“Sebelum PRU14, pemimpin PH kata “Najib turun, Ringgit akan naik”. Saya pelik kerana saya sudah turun 4 bulan tetapi Ringgit semakin turun juga.Apapun, saya harap kerajaan PH akan mengambil kira kerisauan saya mengenai nilai Ringgit sekarang sebelum ia memudaratkan” – Najib Razak.
Ketika kempen PRU14 dulu, Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa nilai ringgit akan naik sekiranya Najib turun.
“Saya yakin kalau Najib tidak jadi Perdana Menteri, akan meningkatkan semula nilai mata wang kita dan barulah kemusnahan ini akan berakhir. Selagi Najib masih ada, masalah tidak akan selesai,” – Tun Dr Mahathir.

Untuk rekod, nilai RM sebelum pilihanraya pada April dan sekarang menyusut sebanyak 29 sen:
Nilai RM pada bulan April 2018 (Sebelum pilihanraya) : US$1 = RM3.85
Nilai RM terkini (14 September 2018) : US$1 = RM4.14
Berikut merupakan kenyataan penuh Lim Guan Eng:- TTKM-
Leave a Reply