Putrajaya, 14 Sept : Laman Facebook Kementerian Kewangan memadam status mengenai kenyataan menteri kewangan, Lim Guan Eng.
Kenyataan yang dibuat untuk menjawab kritikan Najib Razak mengenai nilai ringgit yang semakin menurun sejak pertukaran kerajaan itu, ditulis dengan diakhiri dengan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan Hong Kong.
Menyedari tersilap dan ditroll teruk oleh netizen di bahagian komen, admin Facebook page tersebut kemudian memohon maaf.
Tidak lama selepas itu, status tersebut terus dipadamkan dan dinaikkan pula status baru yang membetulkan negara di mana Lim Guan Eng menjawat menteri kewangan.
Ini merupakan kali kedua MOF memadam status di laman facebook mereka. Sebelum ini fakta yang salah mengenai propaganda perbandingan SST dan GST dipadamkan setelah dikecam netizen.
Di media sosial, Lim Guan Eng digelar oleh netizen sebagai Nobita, satu watak kartun siri Doraemon, yang terkenal dengan kebodohan dan tahap selenga yang tinggi.
Pagi tadi, beliau berkata prestasi nilai matawang ringgit adalah yang terbaik di antara matawang utama di dunia walaupun merudum sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada 9 mei lepas. -TTKM-
1 Comment