(Audio perbualan) Kerja kosong potong kepala? Ini cerita sebenar..

Baru-baru ini tular di media sosial satu jawatan kosong “Pemotong Kepala” yang diiklankan pada satu banner yang diletakkan pada satu pagar di selatan tanah air.

Iklan tersebut kecoh, netizen mula membawang bahawa kerja tersebut adalah untuk memotong kepala orang.

Menurut satu perbualan yang tular di whatsapp di antara satu pemanggil  (yang mendakwa beliau adalah pemotong kepala orang) dengan majikan yang mengiklankan kerja kosong tersebut, rupa-rupanya kepala yang dimaksudkan itu bukanlah kepala orang, sebaliknya ia adalah kepala ikan.

Gajinya pula adalah menurut berapa kilo kepala ikan dipotong.

Malah, kerja potong kepala ikan itu juga diberi potongan EPF dan Socso, menurut perbualan tersebut.

TTKM cuba mengesahkan perkara ini dengan menelefon majikan itu tetapi gagal. Malah, SMS kami juga tidak dijawab.

Dengar perbualan penuh di video berikut: -TTKM-

 

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.