“Azizah akan letak jawatan bila saya jadi PM!” – Anwar

Gambar Berita Harian.

JOHOR BARU, 15 Sept: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan meletak jawatan apabila beliau menjadi Perdana Menteri, menurut laporan Berita Harian. 

Katanya, sekarang bukan masa yang sesuai bagi Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya dalam Kabinet.

“Kenapa perlu letak jawatan sekarang? Kalau beliau letak jawatan sekarang, PKR akan kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri,” – Anwar Ibrahim

Tambah Anwar, beliau tidak akan terus menyertai kerajaan sekiranya menang pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang akan datang.

“Seperti mana yang saya katakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bila saya menang (kerusi Parlimen Port Dickson), saya akan menyertai kerajaan, sekarang saya mahu beri laluan kepada Dr Mahathir untuk meneruskan tanggungjawabnya sehingga sampai giliran saya.

“Jadi, bersabarlah, bila saya jadi Perdana Menteri, Dr Wan Azizah akan letak jawatan. Bila? Apabila sampai giliran saya menjadi PM. Orang ramai membangkitkan isu ini jadi saya kena jelaskan,” – Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program Bicara Maal Hijrah bertajuk ‘Hijrah ke arah Malaysia Baru’ di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini, malam kelmarin.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT), Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji, sebagai berkata, Anwar sedang mewujudkan dinasti keluarga dalam Parlimen.

Beliau juga berkata, Anwar patut meminta isterinya, Dr Wan Azizah atau anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen mereka, bukannya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Kenyataan beliau itu turut disokong oleh Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ambiga-Sreenevasan-web-speaker-810x374

“Saya rasa kasihan pada rakyat, kasihan juga pada beliau. Saya rasa ia merugikan sistem dan demokrasi. Saya tiada isu dengan Anwar kembali aktif kerana beliau layak berbuat demikian tetapi saya dan orang awam faham satu ahli keluarganya perlu mengosongkan kerusinya” – Ambiga

PRK Port Dickson merupakan pilihanraya kecil ketiga yang dilakukan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Pada 2008, Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk beri laluan kepada Anwar.

Pada 2014, Adun PKR,  Lee Chin Cheh pula  meletak jawatan sebagai adun Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar sekali lagi  dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Kajang Move untuk menobatkan Anwar sebagai menteri besar Selangor. Tetapi langkah kajang tersebut menjadi langkah kejung apabila Anwar didapati bersalah dalam kes Liwat 2.

Sebelum  PRU14, Wan Azizah mengakui bahawa sebahagian dari rancangan beliau adalah supaya beliau menjadi pemanas kerusi untuk suaminya dalam satu bual bicara program Al Jazeera.

Walau bagaimanapun, setelah PH menang PRU 14 dan Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau melakukan pusingan U dan tidak mengosongkan kerusi parlimen Pandan tersebut sebaliknya kerusi Port Dickson pula menjadi mangsa.

Jika Anwar menang pada pilihanraya kecil kelak, Malaysia akan mencatat satu lagi sejarah apabila sekeluarga : suami, isteri dan anak (Anwar, Azizah, Nurul Izzah) menjadi ahli parlimen pada waktu yang sama, “One happy family!”-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: