
Kota Kinabalu, 16 September: 8 aktivis dan mahasiswa ditahan pagi tadi ketika menganjurkan himpunan “Pandang Ke Sabah” sempena Hari Malaysia.
Himpunan yang bertempat di Tamu Gaya Street bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertujuan menyuarakan 10 tuntutan kepada kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

Salah seorang tahanan, Mukmin Nantang berkata himpunan tersebut yang aman bertukar kecoh apabila berlaku provokasi dari pihak polis dan DPKK.
Beliau juga mengajak rakyat Sabah dan anak muda supaya jangan takut dan terus berani.
“Perhimpunan tadi aman sahaja sebenarnya, tapi kita nampak ada provokasi dari pihak polis sendiri dan DPKK yang tersangat agresif sebab tiada sentuhan sebenarnya tadi. Tapi ada seorang pihak polis berkaca mata, pendek, tidak seberapa kacak. dia mula menolak saya. Dan kawan-kawan mahasiwa mula bantu kerana pihak DPKK sangat agresif.
Ini pun ada yang kita nampak baju sampai terkoyak, ada yang luka, jadi ini sangat Malaysia Baru lah. Sangat Sabah Ubahlah sebenarnya.
Jadi kepada rakyat Sabah dan anak muda di luar sana, jangan takutlah. Kalau kita tidak berani, kita tidak akan kecapi kemerdekaan. Hidup Mahasiswa, Hidup Rakyat!” – Mukmin Nantang.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, kekecohan itu bermula apabila arahan bersurai diberikan.
“Pihak polis mula bertindak menghalang kami untuk berhimpun dan meminta agar segera bersurai. Kami mula mematuhi arahan pihak polis lalu duduk di kawasan berhimpun.
Pergelutan berlaku apabila salah seorang rakan kami telah ditarik oleh empat orang, dua orang anggota beruniform dan dua anggota yang tidak beruniform menarik bajunya sehingga koyak.
Beberapa pihak polis dan ahli DBKK melakukan kekerasan dengan menarik rambut, memukul, menolak, menendang dan mengacukan puntung rokok ke arah rakan kami. Selain itu, salah seorang rakan kami ditendang di bahagian mulut.”
-Kenyataan Penganjur-

Berikut merupakan senarai aktivis dan mahasiswa yang ditahan:
1.Syed Syaqir Adhli bin Syed Redzuan
2.Asrin Bin Utong
3. Mukmin Nantang
4.Mohd Rosyaidi bin Abdul Latiff
5 .Sabir Syarifuddin
6.Razdey bin Ruslin
7.Zulfian bin Ansar
8. Mohd Khairuddin bin Daud
Tahanan kemudian disumbat ke dalam lori polis “Black Maria” dan dibawa ke balai polis Karamunsing.
Berikut merupakan kenyataan penuh penganjur:
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, kami daripada mahasiswa dan anak muda Sabah telah mengadakan Himpunan Pandang ke Sabahbertempat di Tamu Gaya Street. Himpunan pada jam 9.30 tadi bertujuan untuk menyuarakan 10 tuntutan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Tuntutan tersebut melibatkan isu kemiskinan, keselamatan IPT, isu ketanpa-negaraan, pengangkutan awam, alam sekitar, isu pendidikan, keselamatan zon ess, tanah adat, peluang pekerjaan dan rumah rakyat.
Pihak polis mula bertindak menghalang kami untuk berhimpun dan meminta agar segera bersurai. Kami mula mematuhi arahan pihak polis lalu duduk di kawasan berhimpun. Pergelutan berlaku apabila salah seorang rakan kami telah ditarik oleh empat orang, dua orang anggita beruniform dan dua anggita yang tidak beruniform menarik bajunya sehingga koyak. Beberapa pihak polis dan ahli DBKK melakukan kekerasan dengan menarik rambut, memukul, menolak, menendang dan mengacukan puntung rokok ke arah rakan kami. Selain itu, salah seorang rakan kami ditendang di bahagian mulut.
Seramai 8 orang rakan kami telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa keBalai Polis Karamunsing. Antara yang terlibat dengan tangkapan tersebut ialah Mukmin Nantang, Adhli Syed, Sabir Syarifuddin, Mohd Rosyaidi, Zulfian Ansar, Khairuddin Daud, Razdey Ruslin dan Asrin Utong.
Tindakan kasar yang dilakukan oleh pihak polis adalah sangat tidak wajar. Hal ini kerana, himpunan aman yang dilaktersebut itu tidak melakukan apa-apa tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia iaitu hak bersuara dan hak berhimpun.
Kami mendesak agar pihak polis segera membebaskan rakan kami dari tahanan pihak polis. Kami mengajak rakan rakan dan seluruh rakyat Malaysia untuk turut bersama sama bersolidariti untuk isu ini.
Kenyataan bersama :
Pertubuhan Isra Kampus
Suara Mahasiswa
Free Read Sandakan
Gagasan Siswa Merdeka
Borneo Komrad
Ikatan anak Muda Lahad Datu
Ikatan Anak Muda Kinabatangan
Kelab Sastera Mahasiswa, KARMA UMS
Gerakan Mahasiswa Sandakan, GEMAS
-TTKM-
Leave a Reply