“Ya, telur gred B dan C naik harga lepas SST!” – Menteri

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengakui harga telur gred B dan C meningkat selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September lepas, menurut laporan Astro Awani.

Saifuddin berkata, telur gred B dan C itu merupakan antara 25 barangan harian yang paling banyak dibeli oleh pengguna di pasaraya-pasaraya di seluruh negara.

“Yang ini (harga telur gred B dan C) harga naik, yang ini saya mengaku secara jujur ada kenaikan harga sejak SST dilaksanakan 1 September lepas.
“Apa tindakan kementerian (KPDHEP)? Sudah tentu kementerian akan menghubungi pembekal setelah kita melihat harganya begitu,” –  Saifuddin Nasution

Saifuddin berkata demikian dalam satu program Agenda AWANI .

Saifuddin menjelaskan beliau sendiri telah membuat tinjauan di beberapa pasaraya dan meminta senarai barangan yang menjadi pilihan pengguna setiap hari.

Untuk rekod, sebelum ini pegawai khas menteri kewangan, Tony Pua berkata SST menggantikan GST akan menyebabkan harga barang lebih murah. 

“Saya percaya, sistem cukai SST yang baru ini, walaupun cukai akan dikenakan, tetapi harga barang akan lebih murah daripada bila sistem GST (dulu)” – Tony Pua

 

Sebelum ini, rakyat berpendapat GST menyebabkan harga barang naik, tetapi sejak 1 Jun 2018 apabila GST dikadar sifarkan,  kenaikan harga barang dan makanan di  restoran-restoran mamak tetap berlaku.

Sebaliknya, harga yang turun adalah tomato mengakibatkan manifesto pakatan harapan diperli netizen sebagai ManiPesTomato. -TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.