SOLIDARITI UNTUK PEKERJA PAM MINYAK DARI BANGLADESH DI PETRON SETIA ALAM

Oleh : Nome Nozwir

Hari ni aku nak jumpa pekerja Bangladesh kat Setia Alam tu untuk menunjukkan solidariti aku pada dia. Pekerja Bangladesh tu sebenarnya sopan santun, suka tolong orang. Tak caya kau tanya Izzat Amir yang selalu isi minyak kat situ.

Bos pam minyak Setia Alam tu tak berani saman Lando sebab Lando ramai pengikut je, pulak tu viral dan ramai yang bercerita. Malas nak panjang cerita.

Orang macam Lando ni lah yang rosakkan negara. Berlagak gangster hisap rokok dalam pam minyak pastu nak keluar video gelakkan orang konon badass. Lepas tu buli imigran yang bertungkus lumus bekerja untuk negara ni.

Ya, Lando memang terkenal kerja turap lubang jalan dan menjaga keselamatan pengguna jalan raya, tak aku nafikan. Tapi sebenarnya kau boleh je tahan sekejap je nak merokok tu. Habis isi minyak, keluar dari stesen, kau bakar je la rokok kau tu. Kau nak keluar asap macam naga pun takde sape nak marah.

Aku pun perokok jugak (eh ye ke, macam dah lama je aku berhenti ni), tapi merokok ni ada etika. Jangan merokok kat pam minyak, jangan merokok depan baby, jangan merokok kat public transport, jangan merokok kat dalam masjid, jangan merokok kat shopping mall, jangan merokok depan ibu mengandung. Ini semua Smokers 101 la brader. -TTKM-

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor)



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version