Oleh : Editorial TTKM
Kuala Lumpur, 18 Sept: “A picture is worth a thousand words”. Sekeping gambar yang dinaikkan di laman FB Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Jibby, menjadi perbualan hangat netizen sejak kelmarin. Jibby menaikkan gambar itu bersama dokumen-dokumen lain untuk mempertahankan diri beliau berhubung isu derma dari kerajaan Arab Saudi.

Gambar tersebut menunjukkan dua putera Arab Saudi berdiri di hadapan Datin Seri Rosmah Mansur atau lebih dikenali sebagai Kak Mah.
Ini komen netizen membawang:
Menurut Najib Razak:
” Pada Jun 2011, kedua-dua Putera Abdulaziz dan Putera Faisal hadir di majlis pertunangan anak perempuan saya di Seri Perdana di mana saya turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menguruskan sumbangan derma bagi pihak Raja Abdullah.” – Najib Razak
Apa yang menarik perhatian sebenrnya adalah apa yang berlaku di bahagian belakang kedua-dua putera arab itu.
Dengan jelas, dapat dilihat Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun Det bersama isterinya sedang berdiri melihat seorang lelaki berbaju melayu hitam bersongkok yang wajahnya terselindung. Lelaki tersebut dipercayai adalah Jibby.

Jadi, perkara ini adalah sejarah. Pada 2011, tiada lagi persengketaan di antara Tun Det dan Jibby. Kerana itu Tun Det menghadiri majlis pertunangan anak Jibby.
Apa yang lucunya adalah gambar tersebut kemudian disiarkan hari ini 18 september 2018 di surat khabar New Straits Times, tetapi gambar Tun Det dan isterinya telah di’crop’! Apa yang nak dimalukan wajah Tun ada bersama Kak Mah? Adakah NSTP cuba memadam sejarah?

Apa pula komen netizen?
Muhammad Zuhairi Nnti bawa sial kt product keluaran Nstp.. Hahaha.. Terpaksa crop..
Eqa Iskandar Haha nampak jambul tun hasmah je
😆
Bazooka Panaka Masa tu jibby belum sailang boboboi anak kutty lg.. So masih comolot 1mdb sesama lagi
Mohd Yuzlee kalau nstp x crop, x bole cari mkn nstp, permit lesen kena gantung
IzZat Ibrahim Klw ada org tu kt situ nampk sgt dia taw Najib mmg baik ngn Pak Arab
Aishah Darwisya Haha,..terpaksa kot,…naya je up sekali,..tp nmpk selai dua gak rambut tepi tu,..x abis crop tu
😅
😅
Jibby tewas dalam PRU 14 lepas, manakala Tun Det pula kini adalah perdana menteri ke 7. Jibby berdepan dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan mengikut Akta SPRM 2009 membabitkan wang berjumlah RM42 juta . Beliau mengaku tidak bersalah. -TTKM-