Anifah Aman pula letak jawatan ahli UMNO.

PUTRAJAYA 19 Sept. – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pula meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta, lapor Utusan Online.

 

Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.

Menurut sumber, Anifah kini dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dan usaha untuk mendapatkan penjelasan beliau akan buat sebaik sahaja beliau tiba di sini.

Semalam,Datuk Seri Mustapa Mohamed telah meletak jawatan sebagai ahli UMNO.

Beliau memberikan alasan yang merujuk kepada perkembangan terkini politik UMNO yang kini bergerak lebih ke  kanan. Tambah beliau, Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

“Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluang tengah, UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk” – Tok Pa.

Keputusan Anifah ini menyebabkan ahli parlimen Umno di Dewan Rakyat berkurangan kepada 49, dan di belakang PKR yang mempunyai 50 wakil rakyat yang kini menjadi parti terbesar di Parlimen.

Sebelum Anifah dan Mustapa meninggalkan parti itu, tiga lagi anggota Parlimen Umno yang lain juga mengambil tindakan sama.

Mereka adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali.

Terdapat juga spekulasi bahawa lebih ramai ahli parlimen Umno akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat  -TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: