Hishammuddin pula?

Putrajaya, 19 Sept: Bekas naib presiden UMNO, Hishammuddin Hussein telah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam, menurut laporan Malaysiakini. 

Memetik sumber, laporan tersebut mendakwa perjumpaan itu berlangsung selama dua jam, tetapi enggan mendedahkan butiran perbincangan.

Sementara itu, penasihat media Tun Mahathir, Kadir Jasin turut memberi petanda yang sama dalam satu hantaran di akaun facebook beliau.

“Assalamualaikum Datuk Seri Hishammudin. Nak tanya, semalam pergi Putrajaya jumpa siapa?” – A Kadir Jasin.

Berita mengenai perjumpaan tersebut muncul ketika dua bekas menteri UMNO, Mustapha Mohamad dan Anifah Aman meletak jawatan sebagai ahli UMNO.

Pada perkembangan lain, di aplikasi sosial whatsapp kini tersebar pula senarai nama 17 ahli parlimen UMNO yang berpotensi meletak jawatan sebagai ahli UMNO. – TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version