Najib ditahan. Akan didakwa lagi esok.

Putrajaya, 19 September : SPRM telah menahan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi pada jam 4.13 petang di pejabat SPRM, Putrajaya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata , Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 selepas mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum membawanya ke mahkamah esok bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pertuduhan terhadapnya juga ada kaitan dengan kes ‘wang derma’ sebanyak RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.