PH Kelantan terbuka untuk Tok Pa – Husam Musa

PAKATAN HARAPAN PERLU BUKA LALUAN KEPADA MP BUKAN PH

Langkah YB Dato Mustapa Mohamed adalah ‘logik semula jadi yang tepat’ bagi mana-mana pemimpin yang waras.

Pada masa yang sama, PH perlu membuka laluan kepada MP bukan PH yang boleh dikategorikan positif serentak dengan langkah membanteras MP yang telah terbukti merosakkan negara.

Jika PH dapat menggerakkan Konsolidasi Nasional berpaksikan sokongan kepada usaha Reform dan membangunkan semula negara yg dibawa oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir, DSAI dan kepimpinan PH sekarang, ia boleh mengukuhkan lagi negara dan mempercepat pemulihan.

Serentak dengan itu, pembersihan ke atas salah laku pentadbiran yang lalu juga perlu digiatkan untuk meyakinkan rakyat bahawa PH menuju laluan yang betul dalam memenuhi aspirasi rakyat.

Dalam rangka ini, saya melihat langkah Dato Mustapa perlu disambut positif.

Saya juga berharap lebih ramai MP Umno lain mengikuti jejak beliau.

Selaku Pengerusi PH Kelantan, saya bersikap terbuka untuk Dato Mustapa dapat bersama selepas ‘cuti iddah’ beliau.

YB Senator Husam Musa,
Naib Presiden Parti AMANAH Negara,
Pengerusi PH Kelantan,
18 September 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.