Satira: Perlumbaan Nuar dan Jemin

Gambar hiasan kredit Selangor Kini

Oleh : Irmanyadi Idris

Nuar menjegilkan mata sambil tercungap-cungap. Enjin motor Yamaha miliknya dimatikan.

“Bro, macam mana boleh kalah bro?” tanya mereka yang menonton perlumbaan itu. “King, apa cerita last corner kena tapau?”

Nuar hanya mendengus marah.

“King.” Suara lembut itu memanggilnya. Sejuk hati Nuar .

“Jijah,” kata Nuar

“Takpe King. First time kalah, there will always be another round,” kata Jijah cuba menenangkan teman lelakinya.

Nuar yang bergelar King menjeling sahaja terdengar deruman motor merah yang baru saja mengalahkannyakali pertama, semakin mendekati.

“King, good race,” Jemin menghulurkan salam. Anwar tidak menyambutnya.

“Selangor memang area kau,” kata Anwar menghulurkan wang berjumlah RM200 pada tangan Jemin. “Kalau kau jantan, turun jalan lama PD. Kita rematch.”

“No sweat King. No sweat,” kata Jemin. “Kau set hari, whatsapp Joe. Biar dia setkan race.”

Joe mengangguk.

Nuar memulakan enjin. Jijah memanjat motor lalu memeluk teman lelakinya dari belakang. Deruman enjin Yamaha yang bergelar ‘Yamaha King’ itu berlalu pergi.

“Aku kaya. Jom aku belanja sate Kajang!” jerit Jemin membuatkan semuanya bersorak gembira.

Nuar menantikan isyarat.

Jijah  tersenyum padanya dari tepi. Nampak risau terpancar dari wajah gadis genit itu.

Jemin membuka visor topi keledarnya jenama Bell miliknya..

“Good luck King,” kata Jemin

Nuar menjeling saja melihat Jemin. “Malam ni, kalau kau kalah lagi – nama King dapat kat aku.”

“Fuxk!” bisik Nuar dalam hati. Panas dia diejek Jemin.

Gadis itu mengangkat tangan memegang kain putih tanda perlumbaan mereka akan dimulakan. Jalan Teluk Kemang sunyi tanpa banyak kenderaan ketika jam sudah menunjukkan 1.30 pagi.

“King,” kata Jemin.

Nuar menjelingnya endah tak endah.

“Zaman kau dah berlalu King,” kata Jemin.

Nuar terus memandang ke depan dengan tangan dipendikit.

“Aku biar kau lead…last lap aku akan potong kau King,” kata Jemin sambil tersenyum lalu kembali menutup visor topi keledarnya.

Nuar merenung jauh ke depan. Fikirannya bercelaru.

Gelaran ‘King’ mesti kekal miliknya namun mimpi ngeri dipotong selekoh terakhir di Kajang dua minggu lepas, terus menghantuinya. – TTKM-

(Ini adalah satira semata-mata tiada kaitan pada sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah mati.- Editor)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.