“Biarlah nenek saya beribadah. Perlukah rumahnya diserbu pada usia rapuhnya sebegitu?” – Anak Najib

Tun Rahah bersama cicitnya, Adam. Tangkap layar dari Instagram Yana Najib.

Oleh : Nooryana Najwa Najib. 

Saya sedih apabila mendapat tahu polis lakukan serbuan di rumah nenek saya jam 4 petang tadi ketika bapa saya bersama ahli keluarga lain di mahkamah.

Kita pun tertanya-tanya mengapa tiada foto terhadap serbuan ini. Sebabnya? Tiada apa ditemui dan pulang dengan tangan kosong.

ibu najib
(Berita terdahulu : Polis serbu rumah Tun Rahah, tiada apa ditemui )

Perlukah seorang wanita tua yang berusia 87 tahun terpaksa melalui satu pengalaman pahit seperti ini? Pada usia begitu, “Tok” saya banyak menggunakan masa beribadah apatah lagi pada saat penuh dugaan ini melihat anaknya berdepan pelbagai ujian.

Pada usia rapuh itu, kami melakukan sedaya upaya kami untuk melihat nenek dalam keadaan sihat kerana nenek amat kami sayangi.
Saya faham polis menjalankan tugas mereka sebagaimana diarahkan kuasa yang ada, tetapi tidak adakah sekelumit rasa belas kasihan terhadap seorang wanita berusia begitu, isteri kepada bekas Perdana Menteri dan seorang wanita yang banyak berjasa kepada asas negara ini?

Bukankah Malaysia baharu adalah tanda kepada perkembangan masyarakat kita?

Ia bukan politik dendam tetapi keharmonian politik yang akan menyatukan kita semua agar kita semua dapat bergerak ke hadapan! – TTKM-


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.