July 29, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Najib kena 21 tuduhan kes RM2.6 bilion masuk akaun peribadi

Gambar The Malay Mail

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan 21 pertuduhan berhubung wang US$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Bekas perdana menteri itu berdepan sembilan pertuduhan menerima wang haram, lima lagi menggunakan wang haram dan tujuh dakwaan memindahkan wang haram, menurut laporan Malay Mail.

Pertuduhan yang dibuat oleh polis dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata timbalan ketua polis negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dalam kenyataannya.

 

Terdahulu, Najib Razak dibawa ke ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) sekitar jam 9.20 pagi tadi bagi membantu siasatan terhadap dakwaan RM2.6 bilion masuk ke akaun bank peribadinya.

 

Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 8.55 pagi hari ini.

Ini merupakan kali ketiga Najib dibawa ke mahkamah, kali pertama pada bulan Julai apabila beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di atas tiga tuduhan pecah amanah dan menerima rasuah RM42 juta.

Bulan lepas, Najib didakwa atas tiga tuduhan pengubahan wang haram. -TTKM-

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: