Peminjam PTPTN tidak amanah! Hutang PTPTN kini RM36b! – PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ramai dalam kalangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak amanah menyebabkan jumlah hutang tabung itu meningkat kepada RM36 bilion.

Berita Harian melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata, tindakan yang tidak amanah itu menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, mereka yang meminjam itu bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja enggan membayar balik pinjaman.

“RM36 bilion hutang tidak dibayar balik kepada PTPTN ini…saya malu tetapi mereka (peminjam) tidak.

“Ini adalah sikap yang biasa bagi sesetengah bangsa… bukannya mereka tidak mampu, dengan gaji RM2,000 boleh saja mereka membayar balik RM100 sebulan tetapi mereka tidak berbuat demikian,” – Tun Dr Mahathir

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan perdana sempena Hari Jepun 2018 Malaysia-Japan International Institute if Technology (MJIIT) dan pelancaran pembukaan Residensi Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dan Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Wahid Omar.

Terdahulu dalam syarahan itu, beliau mengingatkan tiga sistem nilai perlu ada dalam kalangan masyarakat jika mahu berjaya seperti Jepun iaitu  rasa malu,  kerja keras dan beramanah.

“Ada banyak lagi sistem nilai yang dimiliki masyarakat Jepun yang boleh diamalkan dan dijadikan budaya masyarakat.

“Tiga nilai yang utama itu penting jika ingin maju supaya dapat mengeluarkan penghasilan yang lebih berkualiti,” – Tun Dr Mahathir

Sikap malu, katanya sama seperti konsep harakiri tetapi bukan bermaksud membunuh diri tetapi malu apabila gagal melaksanakan tanggunjawawab.

“Harakiri diterjemahkan sebagai malu apabila gagal melaksanakan tanggungjawab seseorang akan merasa mahu serta bertanggungjawab memperbetul atau meningkatkan lagi apa-apa penghasilan yang dibuat,” –  Tun Dr Mahathir

Janji manifesto PRU 14 :Tangguh bayaran PTPTN  tidak ditunaikan.

Untuk rekod, salah satu janji 100 hari Pakatan Harapan adalah untuk menangguhkan pembayaran PTPTN selagi pendapatan peminjam tidak mencapai RM4000 sebulan.

Walaubagaimanapun, janji tersebut dicapati cicah kari tomato dengan kerajaan menggunakan alasan masalah hutang negara adalah tinggi.

ptptn.JPG
Janji #5 Pakatan Harapan dalam buku Manifesto PRU14

Seorang peminjam PTPTN yang cuma mahu dikenali dengan nama Jibong berkata, Tun Dr Mahathir sepatutnya berasa malu dengan diri beliau sendiri kerana tidak amanah dalam menunaikan janji menangguhkan pembayaran PTPTN.

“Malulah dengan diri sendiri sebab dia pancing undi kami dulu dengan janji menangguhkan pembayaran PTPTN. Sekarang bila menang pilihanraya, janji beliau kelaut, alih-alih kami pula digelar tak amanah. Adakah beliau amanah dengan melanggar janji sendiri? Cermin di rumah tak ada ke?” – Jibong.

TTKM mendapati manifesto PRU 14  tersebut ditanda tangani oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Malah beliau meminta pengundi supaya menolak Pakatan Harapan melalui proses demokrasi sekiranya janji gagal ditunaikan.

Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi. – Tun Dr Mahathir.

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.