Kuala Lumpur, 20 Sept: PIHAK pendakwa raya hari ini membantah Najib Razak diikat jamin atas alasan bekas perdana menteri itu membuat kenyataan di media sosial bertujuan mencetuskan kekacauan dalam kalangan penyokongnya, lapor The Malaysian Insight.
Gopal Sri Ram, yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata jika hakim membenarkan ikat jamin, jumlah sewajarnya ialah RM5 juta.
“Jika permohonan kami (tidak diberikan ikat jamin) ditolak, maka kami mohon ikat jamin RM5 juta untuk semua 25 pertuduhan untuk menunjukkan betapa serius kes itu.
“Ini kes di mana tertuduh sebelum ini memegang kepercayaan rakyat Malaysia, dan pertuduhan itu sangat serius,” – Gopal Sri Ram
Malaysiakini pula melaporkan Sri Ram sebagai berkata terdapat banyak kenyataan yang dibuat oleh Najib berhubung kes ini dan ia bertujuan untuk mempengaruhi pendapat umum.
Peguam bela Najib, Shafee kemudian berhujah tiada salahnya Najib mempengaruhi pendapat umum, tambahan pula katanya , “serangan juga dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan”.
Shafee turut menambah, jka menteri mendakwa mereka mengamalkan kebebasan bersuara, maka Najib juga wajar diberikan layanan yang sama.
Untuk rekod, untuk kes SRC sebelum ini, peguam negara, Tommy Thomas menentang keras perintah tegahan (gag order) yang diminta oleh Najib.
Walaubagaimanapun, kini pendakwaraya pula yang mahukan perintah tersebut dikenakan terhadap Najib.
Mahkamah menolak permohonan pendakwaraya dan membenarkan Najib Razak diikat jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin
Semenjak kalah pada PRU14 lepas, Najib Razak semakin rajin menggunakan laman facebook beliau menulis mengenai isu-isu politik dan ekonomi semasa sambil menyelitkan unsur ‘troll’. Kebanyakan hantaran di facebook beliau menjadi tular di media sosial. – TTKM-