Peguam Art Harun, penyokong kuat Dr M, dilantik Pengerusi SPR

PUTRAJAYA: Peguam bela Azhar Azizan@Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun, dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, pelantikan itu sudah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan sebagai Pengerusi SPR itu dibuat selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Pada masa ini, beliau berkhidmat sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azhar & Goh.

“Dengan kelayakan dan pengalaman yang ada, saya yakin beliau akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna,”  Kenyataan KSN

Pada 13 Jun lalu, SPR memaklumkan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan memendekkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR berkuat kuasa 1 Julai.

SPR dilaporkan berkata, pemendekan tempoh perkhidmatan itu sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun.

Untuk rekod, sebelum ini pengerusi SPR kebiasaannya dilantik dari bekas pegawai tinggi kerajaan.

Art Harun juga merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir.

Di facebook, Art Harun juga terkenal kerap mem’block’ pengguna facebook yang tidak sehaluan dengan beliau. – TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: