Pelantikan Art Harun sebagai pengerusi SPR bercanggah dengan manifesto PH.

Kuala Lumpur, 21 September: Pelantikan Azhar Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun hari ini sebagai Pengerusi SPR yang baharu seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara adalah bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan.

(Baca berita terdahulu : Peguam Art Harun, penyokong kuat Dr M, dilantik Pengerusi SPR )

TTKM meneliti janji nombor 16 di dalam buku Harapan yang menyatakan bahawa akan “Mengembalikan wibawa institusi parlimen”, dengan memastikan pelantikan penting SPR mestilah disahkan oleh jawatankuasa di peringkat parlimen untuk mengurangkan campur tangan Perdana Menteri:

“Jawatan-jawatan penting dalam negara seperti pelantikan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia, mestilah disahkan oleh jawatankuasa yang bersesuaian di peringkat Parlimen,. Ini akan mengurangkan kebolehan Perdana Menteri untuk campur tangan dalam pelantikan-pelantikan penting tersebut.”

-Buku Harapan muka surat 56

This slideshow requires JavaScript.

Apa yang berlaku hari ini adalah pelantikan tersebut dilakukan secara terus tanpa melalui sebarang jawatan kuasa di peringkat parlimen.

Diminta mengulas isu ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau tidak mengenali Azhar Harun.

“Saya tak kenal dia dan tak mengikuti tentang pelantikannya,” – Tun Dr Mahathir

Walau bagaimanapun, TTKM mendapati Tun Dr Mahathir mungkin menghidap sindrom melayu mudah lupa, kerana beliau merupakan panelis dalam forum  “Nothing to Hide 2.0” di mana Azhar Harun adalah moderator majlis tersebut, tahun lepas.

Azhar Harun (duduk di kanan) sebagai moderator forum Nothing to Hide 2.0.

Semenjak memenangi PRU 14 yang lepas, Pakatan Harapan kerap melanggar manifesto mereka sendiri.

Sebelum ini,  perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata manifesto Pakatan Harapan bukanlah kitab suci   yang wajib dipatuhi.

“(Ya), tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan.

“Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal” – Tun Dr Mahathir.

Untuk rekod, 10 janji  100 hari Pakatan Harapan hanya dua sahaja ditepati, manakala 8 janji yang lain dicapati cicah kari tomato.

Sementara itu, janji penghapusan tol juga ditangguhkan tanpa memberikan sebarang kerangka masa. Malah, baru-baru ini, Touch N GO  pula menjual kad edisi khas berharga RM30 (tanpa nilai reload, RM10 didermakan kepada tabung Harapan) dengan wajah Tun Dr Mahathir dengan tag line “Terima Kasih Tun M”.- TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.