
Oleh : Faiq Khalifa
Saya mendengar dengan penuh hiba bagaimana Tun Rahah, ibu kepada bekas Perdana Menteri diperlakukan oleh pihak berkuasa.
Polis telah menyerbu kediaman isteri arwah Tun Razak yang berumur 87 tahun itu untuk mencari bahan bukti seperti wang tunai yang disembunyikan dan sebagainya hingga memecahkan siling rumah, walhal tidak dapat menjumpai apa apa!
Gambar yang pertama ini diambil ketika saya berusia 17 tahun, semasa saya sedang menghadiahkan potret Tun Razak yang saya lukis sendiri kepada Tun Rahah, bersempena dengan majlis penutupan Kursus Kepimpinan Tun Razak, di mana 60 orang pemimpin pelajar dari seluruh negara dipilih untuk mewakili setiap negeri dan didedahkan dengan politik, pentadbiran kerajaan, sistem parlimen dan sebagainya, yang dijalankan di Kuala Lumpur.

Walaupun pertemuan itu agak singkat namun dapat saya rasakan bahawa beliau sangat lemah lembut, penyayang dan sangat mudah didekati.
Tun Rahah adalah antara ahli Kaum Ibu yang banyak berjasa tatkala negara kita sedang menuntut kemerdekaan. Jasanya tidak patut dipandang remeh oleh generasi hari ini.
Jika saya menemui Tun Rahah semula, saya hanya mampu mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanannya, dan pastilah berasa sedih mengenangkan ujian yang dihadapi olehnya menyusuri peredaran usia.
Tindakan pihak berkuasa hari ini adalah satu kebiadapan yang melampau kerana seolah olah menuduh Tun Rahah seorang pencuri, alangkah!
(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor)
Leave a Reply