“Harga barang naik, SST bukan punca utama!”- Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR: Elemen percukaian seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bukanlah satu-satunya penyebab kenaikan kos harga barangan, sebaliknya turut dipengaruhi faktor termasuk pergerakan harga produk terbabit kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menurut laporan Bernama. 

Tambah beliau lagi, faktor lain itu termasuk:

“Kenaikan harga juga lazimnya disebabkan oleh permintaan dan penawaran sesuatu barang serta perkhidmatan dalam pasaran,” – Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini, malam ini.

Lim Guan Eng turut menasihati rakyat untuk menjadi pengguna bijak dengan mengambil tindakan seperti:

Untuk rekod, sebelum PRU 14 dulu, Lim Guan Eng berkata harga barang yang semakin tinggi hanyalah disebabkan oleh GST  yang bertujuan untuk kerajaan BN pada ketika itu membayar hutang 1MDB, tanpa menyatakan sebab-sebab lain.

Beliau turut menyanyikan lagi ABCDGST sambil berjoget-joget bersama kanak-kanak sekolah ketika kempen PRU 14 dulu:

Lirik Lagu ABDCGST

ABCD GST
Harga semakin tinggi
Tak naik lagi gaji
Mesti makan Maggi mi

Semua kena GST
Bayar untuk 1MDB

ABCD GST
Prices rise for you and me
No increase in salary
Have to eat my Maggi mee

Everywhere got GST
Paying for 1MDB

Setelah dilantik menjadi menteri kewangan, Lim Guan Eng setakat ini tiada pula menyanyikan lagu ABCD SST walaupun kini harga barang juga semakin tinggi semenjak SST diperkenalkan kembali 1 September lepas. Hutang 1MDB juga kini turut disambung bayar  oleh kerajaan Pakatan Harapan. – TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: