Pemilihan PKR di Kedah kecoh! Berlaku pergaduhan, polis dikerahkan.

Sungai Petani, 22 Sept: Pemilihan PKR di Kedah yang bermula hari ini tegang apabila berlaku pergaduhan dan kekeliruan terhadap kaedah e-voting yang pertama kali diperkenalkan.

This slideshow requires JavaScript.

(Swipe ke kanan untuk foto berikutnya) 

Malah, satu video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan ahli PKR memukul ahli lain dengan menggunakan batang kayu kerana tidak puas hati.

Difahamkan, pergaduhan tersebut berlaku di cabang Merbok.

Untuk mengelakkan perkara lebih buruk , 8 pemilihan cabang PKR Kedah terpaksa ditangguhkan. Cabang-cabang tersebut adalah:

  1. Merbok
  2. Sungai Petani
  3. Sik
  4. Kulim
  5. Langkawi
  6. Baling
  7. Jerai
  8. Padang Serai

Sementara itu, Malaysiakini memetik Setiausaha jawatankuasa pemilihan PKR, Ismail Yusoff sebagai berkata masalah dengan sistem e-voting telah mencetuskan ketegangan di kalangan anggota yang datang awal untuk mengundi pada pagi tadi.

“Ya, ada lapan daripada 15 cabang di Kedah yang terpaksa kita tangguhkan (pemilihan).  Isunya banyak berkaitan (dengan masalah) teknikal. Walaupun pengawas kita dilatih, tetapi kena terima hakikat masih ada isu teknikal dengan kod bar dan tablet yang digunakan untuk mengundi. Itu menimbulkan ketegangan”  –  Ismail Yusoff

Ahli PKR yang dipecat, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBad pula mendakwa pemilihan kali ini sengaja diciptakan kelemahannya oleh JPP bagi membolehkan proses manipulasi dan penipuan dilakukan.

“Sistem e-voting tidak berfungsi, petugas JPP sengaja datang lambat. DAlam pada yang sama penipuan berlaku tanpa diberi perhatian.” – CheguBad.

Beliau turut mendakwa PKR sedang dijual kepada kelompok bekas ahli UMNO yang korup dan kaya apabila ada surat pelepasan khas diberikan.

“Tahukan anda lebih 2000 surat pelepasan khas diberikan oleh ibu pejabat parti kepada bekas ahli UMNO/BN yang kaya baru masuk parti bulan Jun/Julai 2018 untuk bertanding pelbagai jawatan. Undang-undang parti mewajibkan jadi anggota adalah minima setahun sebelum boleh bertanding” – CheguBad.

surat pkr.JPG
Pekeliling PKR yang ditandatangani SUA, Saifuddin Nastution menyatakan syarat bertanding adalah menjadi anggota parti tidak kurang 12 bulan.

Selain anggota PKR di Kedah, sejumlah 55,132 anggota di 13 cabang di Pulau Pinang juga membuang undi hari ini.

Sejumlah 840,000 anggota parti itu di seluruh negara layak untuk mengundi pada pemilihan kali ini dan keputusan penuh dijangka akan diumumkan ketika kongres tahunan November ini.

Untuk rekod, hampir setiap kali pemilihan PKR akan berlaku insiden pergaduhan. Pada pemilihan sebelum ini, banyak berlaku pergaduhan dengan menggunakan kerusi merah sehinggakan PKR digelar sebagai Parti Kerusi Rosak. – TTKM-

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.