“Apapun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar!” – Dr Maszlee

Kementerian Pendidikan meminta pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak berterusan mempolitikkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengaitkannya kepada manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ini kerana setiap peminjam apa sekali pun, mereka perlu melunaskan hutang berkenaan termasuk dituntut di dalam Islam walaupun RM10 sebulan, menurut laporan Bernama. 

“Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

“Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan,” –  Dr Maszlee Malik

Maszlee berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Siputeh di Kodiang, hari ini.

Mazlee Flip-Flop.

Pada 23 Mei 2018 lepas, Dr Mazlee berkata kementerian pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.

Tambah beliau, perkara itu merupakan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan).

“Kita akan melihat isu itu secara komprehensif dan holistik bagi merealisasikan janji tersebut. Selagi gaji belum mencecah RM4,000, mereka tidak perlu bayar. Kita tidak tetapkan tempoh-tempoh tertentu. Namun, jika mereka tetap ingin membayarnya, kita amat alu-alukan.” – Dr Mazlee

Tangkap layar laporan Kampusuols.com pada 23 Mei 2018.

Walau bagaimanapun, janji tersebut tidak ditunaikan dengan memberikan alasan hutang negara yang tinggi.

Untuk mengetahui mengapa menteri pendidikan tidak menunaikan janjinya, TTKM mendapati jawapan persoalan tersebut ada pada pantun yang dinaikkan oleh Maszlee sendiri di facebook beliau (tetapi kini telah dipadamkan)

“Siakap senohong, gelama ikan duri. Bercakap bohong, lama-lama ... minta lengkapkan”- Dr Maszlee.

Maszlee ikut Boss. 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada tiga hari lepas ramai dalam kalangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak amanah menyebabkan jumlah hutang tabung itu meningkat kepada RM36 bilion.

Bukannya mereka tidak mampu, dengan gaji RM2,000 boleh saja mereka membayar balik RM100 sebulan tetapi mereka tidak berbuat demikian” – Dr Mahathir.

Tambah beliau, tindakan yang tidak amanah itu menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi. Katanya lagi, mereka yang meminjam itu bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja enggan membayar balik pinjaman.

“RM36 bilion hutang tidak dibayar balik kepada PTPTN ini…saya malu tetapi mereka (peminjam) tidak.

“Ini adalah sikap yang biasa bagi sesetengah bangsa… bukannya mereka tidak mampu, dengan gaji RM2,000 boleh saja mereka membayar balik RM100 sebulan tetapi mereka tidak berbuat demikian,” – Tun Dr Mahathir

Janji manifesto PRU 14 :Tangguh bayaran PTPTN  tidak ditunaikan.

Untuk rekod, salah satu janji 100 hari Pakatan Harapan adalah untuk menangguhkan pembayaran PTPTN selagi pendapatan peminjam tidak mencapai RM4000 sebulan.

Janji #5 Pakatan Harapan dalam buku Manifesto PRU14

TTKM mendapati manifesto PRU 14  tersebut ditanda tangani oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Malah, beliau meminta pengundi supaya menolak Pakatan Harapan melalui proses demokrasi sekiranya janji gagal ditunaikan.

Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi. – Tun Dr Mahathir.

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version