KERUSI TERBANG:SIDANG MEDIA JPP PKR KECOH EKORAN PERGADUHAN.(Video dan gambar)

Seberang Jaya, 23 September : Sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR di Pulau Pinang malam semalam bertukar huru-hara apabila beberapa ahli PKR tidak puas hati dengan pengumuman JPP menerima keputusan pemilihan di Pulau Pinang, tetapi membatalkan keputusan pemilihan di Kedah.

Sidang Media JPP, foto DANIAL SAAD

Ketegangan memuncak ketika Ismail, setiausaha JPP dan pengerusi JPP meninggalkan bilik sidang media sehingga terpaksa diiringi keluar oleh pengawal peribadi.

Ahli PKR bergelut sama sendiri, foto DANIAL SAAD

Ketika itu, berlaku pergelutan dan sebuah kerusi turut dibaling tetapi ditangkap kemas oleh ahli lain seperti penjaga gol sepak bola.

Adegan baling kerusi adalah acara wajib setiap kali pemilihan PKR.

Turut kelihatan dalam video adalah calon Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin yang cuba menenangkan pergaduhan.

Kerusi menjadi alat senjata pergelutan ahli PKR, foto DANIAL SAAD
“Kepala bocor?” Seorang ahli PKR mengalami kecederaan di kepala, foto DANIAL SAAD

Menurut laporan The Malaysian Insight,  beberapa ahli PKR mendesak agar keputusan di Pulau Pinang dibatalkan juga sambil melaungkan “Batal! Batal!”

Keputusan pemilihan PKR di Kedah, batal. Pemilihan di Perak dan Perlis ditunda.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada sidang media tersebut mengisytiharkan keputusan pemilihan PKR di Kedah sebagai tidak sah selepas sembilan cabang parti itu gagal meneruskan sesi pengundian menggunakan sistem e-voting yang pertama kali digunakan bagi pemilihan PKR.

Bagaimanapun JPP berkata pihaknya menerima keputusan pemilihan di Pulau Pinang walaupun wujud beberapa masalah.

“Kami menerima keputusan daripada kesemua 13 cabang PKR di Pulau Pinang. Tiada sebarang perubahan melainkan terdapat bantahan rasmi,” – Ismail Yusop, setiausaha JPP

PKR Pulau Pinang, selain Kedah, merupakan negeri pertama yang memulakan pemilihan parti hari ini.

Pengundian di Perlis dan Perak yang sepatutnya bermula esok, dan Negeri Sembilan dan Melaka pada 29 September ini juga ditangguhkan ekoran masalah yang berlaku.

Untuk rekod, setiap kali pemilihan PKR dilakukan pasti terdapat insiden pergaduhan dan baling kerusi. Di media sosial, netizen menggelar PKR sebagai Parti Kerusi Rosak.

-TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: