PTPTN: “Dulu hasut peminjam supaya tak bayar, sekarang dimarahi pula”- Najib Razak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak sepatutnya memarahi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana tidak melangsaikan hutang.

Pada masa sama, Bekas Perdana Menteri menasihatkan peminjam supaya membayar hutang pendidikan masing-masing mengikut kemampuan kerana akibat langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang populis dan tidak bijak, kerajaan sedang mengalami tekanan fiskal yang teruk.

Beliau berkata peminjam PTPTN sudah dihasut selama 10 tahun oleh Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membayar balik pinjaman, namun kini sering pula peminjam dimarahi dan dilabel sebagai tidak amanah.

“Mereka tidak sepatutnya dimarah sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan kini dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH.

“Peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk tunaikan janji mereka.

“Sudah jatuh ditimpa tangga,” – Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, hari ini.

Tambah Najib lagi, kerajaan telah kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion setahun apabila melaksanakan SST berbanding GSt.

“Kerajaan sudah kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion setiap tahun selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), melaksanakan semula subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan cukai korporat dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” – Najib Razak

Terdahulu,  Kementerian Pendidikan meminta pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak berterusan mempolitikkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengaitkannya kepada manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

maszlee bodoh

 

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ini kerana setiap peminjam apa sekali pun, mereka perlu melunaskan hutang berkenaan termasuk dituntut di dalam Islam walaupun RM10 sebulan, menurut laporan Bernama. 

“Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

“Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan,”                      –  Dr Maszlee Malik

Mazlee Flip-Flop.

Pada 23 Mei 2018 lepas, Dr Mazlee berkata kementerian pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.

Tambah beliau, perkara itu merupakan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan).

“Kita akan melihat isu itu secara komprehensif dan holistik bagi merealisasikan janji tersebut. Selagi gaji belum mencecah RM4,000, mereka tidak perlu bayar. Kita tidak tetapkan tempoh-tempoh tertentu. Namun, jika mereka tetap ingin membayarnya, kita amat alu-alukan.” – Dr Mazlee

Walau bagaimanapun, janji tersebut tidak ditunaikan dengan memberikan alasan  

hutang negara yang tinggi.

 

 

Maszlee ikut Boss. 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada tiga hari lepas ramai dalam kalangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak amanah menyebabkan jumlah hutang tabung itu meningkat kepada RM36 bilion.

2017-11-02T105853Z_674874920_RC17C7AA3CB0_RTRMADP_3_MALAYSIA-POLITICS
Bukannya mereka tidak mampu, dengan gaji RM2,000 boleh saja mereka membayar balik RM100 sebulan tetapi mereka tidak berbuat demikian” – Dr Mahathir

Tambah beliau, tindakan yang tidak amanah itu menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi. Katanya lagi, mereka yang meminjam itu bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja enggan membayar balik pinjaman.

“RM36 bilion hutang tidak dibayar balik kepada PTPTN ini…saya malu tetapi mereka (peminjam) tidak.

“Ini adalah sikap yang biasa bagi sesetengah bangsa… bukannya mereka tidak mampu, dengan gaji RM2,000 boleh saja mereka membayar balik RM100 sebulan tetapi mereka tidak berbuat demikian,” – Tun Dr Mahathir

Janji manifesto PRU 14 :Tangguh bayaran PTPTN  tidak ditunaikan.

Untuk rekod, salah satu janji 100 hari Pakatan Harapan adalah untuk menangguhkan pembayaran PTPTN selagi pendapatan peminjam tidak mencapai RM4000 sebulan. Janji tersebut dicapati cicah kari tomato. -TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.