“Dah jangka, Guan Eng tak jawab soalan saya!” – Najib Razak

Oleh : Najib Razak.

Seperti dijangka semalam, Lim Guan Eng tidak mahu menjawab soalan-soalan saya.

Guan Eng masih menegaskan bahawa saya tidak menjawab soalan dia maka dia tidak mahu menjawab soalan saya padahal saya secara jelas sudah jawab dalam perkara ke-10 dan 11 status saya semalam.

Saya sudah jawab, adalah mustahil wang disatukan kerajaaan hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018 kerana sentiasa terdapat “buffer” dua bulan sebagai penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan.

Saya juga menjawab jika dakwaan Guan Eng itu benar sekalipun kononnya ia hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018, dia mempunyai akses kepada akaun kerajaan dan dengan mudah untuk beliau mendapatkan jawapan ke mana wang itu dibelanjakan? Kenapa tanya saya pula? Siapa Menteri Kewangan Malaysia sebenarnya ini?

Guan Eng juga berkata soalan-soalan saya semalam di mana ramai berpendapat ia adalah soalan adil dan penting untuk fahaman orang ramai mengapa beliau tiba-tiba mahu menuding jari kepada saya serta keadaan ekonomi negara., dianggap beliau sebagai suatu permainan ataupun ‘game.’

Malangnya, hal ehwal dan pengawalan ekonomi bukannya suatu permainan di mana sifat selalu salah dan hantam sahaja boleh diterima.

Ia bukan satu permainan di mana apabila sudah ‘Game Over’ ianya boleh “Continue” dengan menambah satu atau dua token lagi.

Sebenarnya, soalan-soalan saya semalam hanya memerlukan jawapan “Ya” atau “Tidak” sahaja. Kalau Guan Eng tidak mampu menjawab, ada ramai pegawai-pegawai di dalam Kementerian Kewangan yang beliau boleh tugaskan untuk menjawab.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.