Hina Tun M: Timb. Menteri buat laporan polis

bottle

SEREMBAN, 24 Sept – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith semalam membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di akaun facebooknya.

Eddin yang juga merupakan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan berkata  laporan polis dibuat kerana kenyataan pemilik akaun berkenan yang bersifat tohmahan dan provokasi terhadap Dr Mahathir didakwa beliau dapat mendatangkan ancaman keselamatan terhadap Perdana Menteri, menurut laporan Bernama.

“Perbuatan beliau juga jelas bersifat perkauman boleh menggugat integrasi nasional dan secara langsung ianya dibuat untuk menjejaskan perpaduan yang ada bagi masyarakat berbilang kaum di negara kita.

“Kami minta supaya perbuatan ini disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan di bawah mana-mana peruntukan yang bersesuaian, dan kami minta dia dipanggil untuk memperjelaskan serta bertanggungjawab atas perbuatannya, ” – Eddin Syazlee Shith

Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2 yang turut disertai 50 anggota parti tersebut di sini, malam semalam.

TTKM mendapati pengguna facebook tersebut dikenal pasti sebagai Mohd Mozaz menaikkan hantaran berikut:

“Mahathir… dengar sini!! 75% Melayu sekarang sedang mohon hang mampos esok! Haram jadah punya binatang!!” – Mohd Mozaz

screen.JPG

Untuk rekod, ketika era pemerintahan BN sebelum ini, pengguna facebook yang menghina Datuk Seri Najib Razak sering didakwa di bawah  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pemimpin Pakatan Harapan pada  ketika itu mendakwa akta tersebut digunakan sebagai senjata politik dan berjanji akan memansuhkan akta tersebut sekiranya memenangi PRU ke 14.

Menurut buku manifesto Pakatan Harapan pada muka surat 77-78, peruntukan pada akta SKMM tersebut bersama beberapa akta lain  akan dimansuhkan.

 

buku
Buku Manifesto Pakatan Harapan.

Setakat ini, akta tersebut  masih diguna pakai dan tiada kerangka masa diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk pemansuhan akta itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir berkata manifesto Pakatan Harapan bukanlah kitab suci yang wajib dipatuhi.

“Tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan. Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal” – Tun Dr Mahathir.

– TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.