KERANA SERAH MEMORANDUM, ARUL DUKACITA DISIASAT POLIS.

Semenyih, 24 September: AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvan atau lebih dikenali sebagai Arul dukacita kerana dipanggil oleh IPD Putrajaya untuk diambil kenyataan 112  untuk siasatan dibawah Akta Perhimpunan Aman hanya kerana menyerahkan memorandum kepada Pejabat YAB Perdana Menteri pada 5 september lepas.

“Kami (hanya hadir untuk) serah memorandum kepada Pejabat YAB Perdana Menteri pada 5hb. Sept 2018  untuk  isu Kampung Bukit Kuda.  Perkara sama berlaku semasa kami menyerahkan memorandum isu Pemecatan Kohila oleh Bank Negara Malaysia.” – Arul

Tambah Arul lagi, perkara ini seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan menyekat hak orang untuk berhimpun bagi menyerahkan memorandum.

“Polis sepatutnya tidak dibebankan dengan kerja sebegini. Ini juga seolah-olah memberi gambaran bahwa kerajaan baru Pakatan Harapan menyekat hak orang untuk  berhimpun untuk serah memorandum atau terus mahu memakai Akta Perhimpunan Aman untuk sekat mereka yang datang buat aduan. Harap kepimpinan PH ambil maklum perkara ini dan menasihatkan pihak yang berkenaan” – Arul

 

Untuk rekod, Pakatan Harapan dalam buku manifesto PRU 14 berjanji akan memansuhkan beberapa akta termasuk akta perhimpunan aman. -TTKM-

buku
Buku manifesto Pakatan harapan PRU 14

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.